Kejatuhan Turkish Lira Yang Teruk Dalam Sejarah
Inflasi yang berlaku di Turki menghampiri 20% dengan populasi negara kira-kira 85 juta. Penurunan nilai yang dramatik daripada paras pertengahan 2017 sehingga kini. Situasi Turki yang mempunyai ketegangan geopolitik dengan Barat, defisit akaun semasa, rizab mata wang yang mengecil, hutang yang meningkat telah memburukkan lagi mata wang Lira Turki. Presiden negara Turki iaitu Erdogan yang telah menyifatkan 'interest' sebagai musuh dalam ekonomi telah menegaskan keadaan sebenarnya bahawa ia lebih memburukkan inflasi yang berlaku di Turki. Beliau turut memecat pegawai Bank Pusat kerana perbezaan dasar. Namun, pengumuman presiden negara itu, dengan menggalakkan rakyat atau orang awam untuk terus menyimpan mata wang lira di bank tempatan akan menerima faedah daripada beliau. Pengumuman ini telah menurunkan nilai dollar kepada lira dan akan kita lihat apa yang akan berlaku selepas tahun baru nanti.