Republic Day of Turkey#29 October 2019# Türkiye Cumhuriyet Bayramı
Assalamualaikum and hello to all my readers!
Semalam saya tak sempat nak menulis tentang hari republik bagi negara Turki yang di sambut pada 29 Oktober. Saya akan kongsikan beberapa gambar dan video bagi mereka yang berada luar dari Turki atau terutamanya kepada rakyat Malaysia. ada beberapa isu sensitif yang saya tak boleh ulas lanjut berkenaan topik yang akan saya bincang. Semua ulasan adalah pendapat peribadi saya. Boleh dikatakan saya telah berada di Turki dekat 7 tahun. pejam celik cepat sahaja masa berlalu.
Sambutan bagi hari republik di sini mereka iaitu penduduk turki sangat membanggakan Mustafa Kemal Ataturk. Mereka akan nyanyikan lagu republik yang dikhaskan untuk Mustafa Kemal Ataturk dan beberapa lagu kebangsaan yang lain.
Bagi kita rakyat Malaysia, pandangan kita adalah berbeza dengan Ataturk. Rakyat kita melihat Ataturk dari aspek agamanya. Korang kalau datang Turki dan cakap buruk pasal beliau boleh ditangkap dan ditahan! Pada mereka Atarturk adalah Bapa Kemodenan Turki. Kalau tidak kerana Ataturk, penduduk Turki mungki seperti negara arab Saud ( mengikut kata beberpa penduduk tempatan yang sekular)i. Sepertimana kita lihat orang kita kalau berjubah aje, ala-ala Arab. Berpurdah dan sebagainya.Salah satu faktamelalui bacaan saya, mereka berpudah bukan kerana Islam tetapi, kerana budaya dan geografi mereka. geografi yang bagaimana?Ya, mereka tinggal di negara gurun yang berdebu dan berpasir. Mengikut keadaan tertentu, berlaku ribut pasir. Keadaan begini yang memaksa mereka berpurdah termasuk yang lelaki juga. Jadi topik berkenaan agama akan saya bincangkan pada akan datang.
Hari republik di Turki disambut dengan kibaran bendera dan kumpulan musik tempatan. Hari tersebut juga merupakan hari di mana Mustafa Kemal Ataturk menjadi Presiden pertama di Turki. Juga dinobatkan sebagai hari terpenting dan hari cuti bagi semua penduduk Turki. Ada yang sambut dengan mercun, syair, teater dan sebagainya. Bagi bandar Didim di Aydın adalah seperti gambar dan video dibawah. Kumpulan musik tempatan pula ialah Necative Saykolar.

Penduduk tempatan berkumpul di dataran Didim sambil mengibarkan bendera. |
Artis jemputan Turki yang digelar Necative Saykolar. |
Comments
Post a Comment