Orang Turki Kuat Merokok Tetapi...







Kadar penghisap rokok di Turki adalah sangat tinggi berbanding Malaysia. Budaya merokok di Turki tidak mengira lelaki dan wanita. 

Malah, merokok dalam kalangan pelajar sekolah didapati agak tinggi. Kadar perokok tegar orang Turki adalah sangat tinggi tetapi, kerajaan Turki telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam suasana pandemik virus Korona ini. 














Dalam mengawal penjagaan Covid-19 di Turki, negara Turki telah mengeluarkan larangan merokok di tempat awam. Pada akhir tahun 2020, kerajaan Turki telah mengisytiharkan larangan merokok di tempat awam, kedai, restoran atau mana-mana tempat bertutup seperti dewan adalah tidak dibenarkan merokok sama sekali. Masyarakat disarankan untuk berada dalam jarak 2 meter daripada perokok tegar. Ia dikatakan jarak yang selamat dari asap rokok. 

Namun, jika bau masih didapati dalam jarak sekitar 2 meter, anda boleh bergerak jauh dalam jarak 4 meter. 



Asap rokok dikatakan mampu menyebarkan virus ke jarak yang lebih jauh. Jika larangan ini tidak dipatuhi, denda sebanyak 900 turkish lira akan dikenakan. Kawalan ini tidak terhad kepada orang tempatan, malah pelancong luar juga.
















Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje