APA ORANG TURKI BUAT DENGAN BULU KAMBING BIRI-BIRI
Bulu kambing adalah serat semula jadi dari rambut atau bulu haiwan yang berasal dari binatang seperti kambing gurun, kambing biri-biri, unta dan binantang lain. Ia digunakan dalam pembuatan selimut dan pakaian musim sejuk kerana ia mengekalkan kehangatan lebih lama. Serat bulu diperoleh dari kaedah yang berbeza, biasanya dengan mencukur dari haiwan hidup.
Nilai komersial bulu haiwan ini biasanya lebih tinggi daripada yang diperoleh dengan kaedah lain. Bulu haiwan juga, boleh diperoleh dengan memproses kulit binatang yang sudah disembelih. Bulu yang diperoleh dari kulit binatang yang telah mati dengan alasan apa pun disebut sebagai 'bulu sorok'.
Di Turki, negara yang mempunyai empat musim ini, juga menjadi budaya membuaat selimut, bantal dan lain-lain dengan menggunakan bulu kambing. Mereka akan membasuh bulu-bulu kambing pada suhu yang tinggi kemudian menjemur luar rumah. Setelah kering, mereka akan mengetuk bulu-bulu kambing tersebut agar lebih berselerak dan lembut supaya tidak melekat. Dengan menggunakan sarung bantal yang dibuat dari kain koton, mereka akan memenuhkan ke dalam sarung tersebut untuk menjadikannya bantal atau selimut yang akan digunakan pada musim sejuk.
Comments
Post a Comment