Cuba Tanya Diri Kenapa Nak Travel?


Kehidupan kita selalu sibuk mengejar duit. Ya, duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit untuk hidup. Manusia bertungkus-lumus bekerja siang malam untuk mendapatkan gaji yang penuh pada hujung bulan.

Belum lagi diambil kira yang bekerja tetap atau sementara. Selain isu pekerjaan, isu kekeluargaan juga antara tekanan yang diterima manusia. Cabaran kehidupan menjadikan manusia tertekan dalam kehidupan. 

Oleh itu, travel merupakan suatu cara manusia melarikan diri dari tekanan atau situasi rutin yang dihadapi setiap hari.

Ada juga antara anda semua, yang sememangnya mencari kelainan dari tempat kebiasaan anda. 

Setiap manusia di uji dengan cara hidup yang berbeza. 

Ditambah pula pandemik Covid-19 yang menyerang penduduk dunia dalam tahun 2020 ini. Industri pelancongan merupakan industri utama yang terjejas kepada penduduk seluruh dunia. Ketika tempoh pandemik ini, perubahan tingkah laku masyarakat berubah secara mendadak ekoran prosedur operasi standard (sop) dan norma baharu yang perlu dipatuhi. Hal ini, bagi meengelakkan penyebaran Covid-19.

Namun, masih ada masyarakat yang dalam diam, membelek album lama mengenangkan memori indah percutian sebelum Covid-19.

Jadi, nasihat saya, ambil peluang ketika duduk di rumah dengan mencari maklumat tentang 'travel'. Pendapat saya, banyak penduduk dunia yang kehilangan sumber pendapatan. Kemungkinan harga rendah yang akan ditawarkan kepada pelancong dapat memberi anda peluang bercuti dengan harga berpatutan. 

Rajin-rajin 'update' harga kapal terbang yang mungkin memberikan anda harga yang sangat rendah. Jika anda masih berminat untuk melancong, jangan lupa subscribe blog saya dan nantikan update tentang pelancongan ke Turki.



Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje