7 Perkara Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara






                                                                          



Apabila kita merancang untuk melancong, kita perlu membuat perancangan awal. Pelbagai perkara yng perlu di ambil kira sebelum melancong. Kadang-kadang, berlaku juga kecuaian walau kita fikir, yang kita sudah mengambil kira semua perkara sebelum melancong. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa perkara penting sebelum melancong ke luar negara.

1. Semak Keselamatan Diri

Sebagai warganegara Malaysia, anda perlu pastikan Pasport anda tidak kurang dari 6 bulan sebelum melancong ke luar negara. Hal ini, kebanyakan negara tidak menerima kemasukan kurang dari 6 bulan dan anda akan diminta untuk pulang ke negara asal anda.

Selain pasport, Insurans juga penting untuk keselamatan diri anda. Pastikan anda mengambil insurans yang boleh mendukung kecederaan anda semasa berada di luar negara. Ada juga kes, di mana rakyat Malaysia cedera semasa melakukan aktiviti lasak di luar negara. Anda boleh semak di Internet atau dengan mana-mana syarikat insurans tempatan untuk memberikan anda pilihan yang tepat.

Visa juga penting untuk keselamatan diri. Passport Malaysia memang antara pasport yang tidak memerlukan visa untuk kebanyakan negara di dunia. Namun, jangan ambil endah! Pastikan negara yang anda masuki sememangnya tidak memerlukan visa atau tempoh pelancongan anda ke luar negara tidak melebihi tempoh waktu yang memerlukan visa.

Anda jga digalakkan untuk scan semua dokumen diri, pasport, dan sebagainya dan email ke email anda sendiri. Sekurang-kurangnya anda dapat menyemak dan dapat mengesahkan diri anda jika berlaku sebarang kehilangan atau kecurian dokumen peribadi.


2. Vaksin dan Kesihatan

Memandangkan dunia kita diserang dengan Virus Covid-19, pastikan anda menerima vaksin yang sepatutnya. Jangan ambil endah isu kesihatan. Walaupun Covid-19 berkurang atau akan pulih sepenuhnya suatu hari, anda saya galakkan untuk mengambil vaksin sebelum dan selepas ke luar negara.

Pastikan ubata-ubatan yang perlu seperti minyak angin atau pil tahan sakit yang sesuai dengan diri anda dan di bawa ke luar negara. Bawa sekadar yang perlu. Adakalanya ubat-ubatan negara luar tidak sesuai dengan diri anda. Tidak lupa juga dengan krim pelembap atau krim lain. Pengalaman saya sendiri, negara yang bercuaca 4 musim memiliki udara yang kering. Udara kering ini menyebabkan kulit terlalu kering dan memerlukan krim pelembab yang terbaik bagi mengatasi masalah ini.

Jika anda mempunyai sebarang alergi, pastikan tempat yang dilawati tidak memberi kesan kepada alergi yang mungkin berlaku kepada anda.


3. Kewangan

Pastikan anda membawa nilai wang mencukupi. Semak jenis matawang yang diperlukan. Jangan pergi Amerika tapi bawa duit Rupiah! Anda juga sudah rugi dengan pertukaran matawang tersebut. Jika anda merancang untuk menegeluarkan duit dari mesin atm tempatan di luar negara, pastikan anda telah mengaktifkan pengeluaran luar negara untuk kad peribadi anda. Jika tidak,mengemislah badan.


4. Perhubungan Sosial

Bukan hubungan sosial bebas. Bebas tapi berbatas. Pastikan anda berhubung aktif dengan keluarga, rakan-rakan atau saudara anda agar mereka tahu keadaan dan situasi anda. Berlaku juga isu, rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara. Tertangkap atas kesalahan yang bukan mereka lakukan namun tidak dapat diketahui oleh sesiapa. Atau apa jua situasi yang mungkin berlaku, pastikan mereka yang saya nyatakan tadi tahu keadaan anda dan dapat membantu anda sekiranya diperlukan.


5. Kaji Negara Lawatan

Buat kajian tentang negara yang akan anda lawati. Pastikan anda mngikut budaya mereka. Masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mngembek. Jangan ikut kepala kita untuk terjerit terlolong atau sebagainya. Pastikan kita jaga adab. Jika anda ke Turki, jangan disenyum-senyum dengan orang tempatan sini. Sebagai rakyat Malaysia yang sudah menetap lama di sini, mereka akan bersalah anggap atas tindakan anda dan mengatakan anda mungking berminat kepada lelaki mereka atau suami mereka! Sebagai private travel agency (https://www.facebook.com/Tour-A-La-Backpacker-101849024622928)  , saya akan kerap kali mengingatkan orang kita (Malaysia) agar tidak dilihat buruk di mata masyarakat luar.






6. Kapal Terbang
 
Anda boleh semak dengan orbit.com dan skyscanner untuk mendapatkan harga tiket kapal terbang yang murah. Semak maksimum luggage yang dibenarkan bawa ke luar negara mahupun ke dalam kapal terbang.

Ingin saya mengingatkan, pakai kasut bertutup semasa pelancongan anda. Sesetengah syarikat udara atau negara yang di transit juga, negara yang dilawati tidak menerima pelancong yang memakai selipar.

Semak juga barang yang dibenarkan dan tidak dibenarkan untuk bawa ke kapal terbang. Sebagi contoh, pisau lipat dan pengetip kuku tidak dibenarkan bawa  ke dalam kapal terbang.



7. Pakaian

Tidak dilupakan untuk membawa pakaian yang bersesuaian dan berpatutan mengikut cuaca di negara luar. Pastikan anda membawa pakaian yang mencukupi.



Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje