Rumah Kucing di Turki
Jika anda berkunjung ke bandar-bandar di Turki terutama di kawasan rekreasi, anda akan dapat melihat rumah kucing yang dibuat seperti sangkar burung. Pencinta haiwan di Turki telah bekerjasama membina tempat perlindungan untuk kucing. Bagi melindungi haiwan seperti kucing yang tidak terpelihara ini, idea yang terbaik adalah dengan membina sangkar dan rumah kucing di kawasan-kawasan rekreasi. Selain daripada kucing, haiwan seperti anjing dan burung juga menjadi perlindungan bagi pihak berkuasa tempatan dengan menyediakan makanan dan bekas minuman untuk anjing dan burung. Hal ini menarik perhatian saya, kerana anjing di sini tidak seliar seperti anjing di Malaysia. Begitu juga dengan burung-burung merpati. Pihak berkuasa tempatan juga memastikan haiwan-haiwan seperti kucing dan anjing diberikan vaksin. Haiwan seperti anjing pula, yang telah diberikan vaksin akan diletakkan tag ditelinga haiwan tersebut. Idea seperti ini, menarik minat saya untuk diberikan