Rumah Kucing di Turki




Jika anda berkunjung ke bandar-bandar di Turki terutama di kawasan rekreasi, anda akan dapat melihat rumah kucing yang dibuat seperti sangkar burung. Pencinta haiwan di Turki telah bekerjasama membina tempat perlindungan untuk kucing. Bagi melindungi haiwan seperti kucing yang tidak terpelihara ini, idea yang terbaik adalah dengan membina sangkar dan rumah kucing di kawasan-kawasan rekreasi.

  

  

Selain daripada kucing, haiwan seperti anjing dan burung juga menjadi perlindungan bagi pihak berkuasa tempatan dengan menyediakan makanan dan bekas minuman untuk anjing dan burung. Hal ini menarik perhatian saya, kerana anjing di sini tidak seliar seperti anjing di Malaysia. Begitu juga dengan burung-burung merpati.

kopek ve kuş mamaları sokakta ile ilgili görsel sonucu  İlgili resim

  




Pihak berkuasa tempatan juga memastikan haiwan-haiwan seperti kucing dan anjing diberikan vaksin. Haiwan seperti anjing pula, yang telah diberikan vaksin akan diletakkan tag ditelinga haiwan tersebut.

Idea seperti ini, menarik minat saya untuk diberikan cadangan bagi pencinta haiwan di Malaysia. Jika anda setuju, sebarkan artikel ini.
Terima kasih!

kedi evi hayvan kurumlar kanunu ile ilgili görsel sonucu    

Comments

  1. Idea yang bagus boleh diketengahkan ..minoriti rakyat malaysia tak suka kucing liar ni dipijak jek ..grrrr

    ReplyDelete
  2. ya betul. ada yang disepak-sepaknya.kucing sini pulak, gemok-gemok.gebu bulunya.walaupun kucing liar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje