Aya Sofya Jadi MASJID Selepas Hampir Seabad
Aya Sophia atau dalam bahasa Greek di sebut Hagia Sophia merupakan antara bangunan sejarah yang terkenal di dunia. Aya Sophia pada asalnya merupakan sebuah Gereja bagi penganut Kristian Ortodoks semasa Empayar Byzantine. Kejatuhan Empayar Byzantine kepada Empayar Uthmaniyah telah menyebabkan Aya Sophia menjadi sebuah Masjid yang pada ketika itu Empayar Uthmaniyah diperintah oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Pada ketika itu, kemenangan besar oleh pihak Islam menjadikan Aya Sophia sebagai Masjid sebagai suatu simbol utama kemenangan Empayar Uthmaniyah setelah 10 abad Empayar Byzantine menguasai Konstantinopal (nama lama bagi Istanbul). Loceng yang digunaka...