Aya Sofya Jadi MASJID Selepas Hampir Seabad
Aya Sophia atau dalam bahasa Greek di sebut Hagia Sophia merupakan antara bangunan sejarah yang terkenal di dunia. Aya Sophia pada asalnya merupakan sebuah Gereja bagi penganut Kristian Ortodoks semasa Empayar Byzantine.
Kejatuhan Empayar Byzantine kepada Empayar Uthmaniyah telah menyebabkan Aya Sophia menjadi sebuah Masjid yang pada ketika itu Empayar Uthmaniyah diperintah oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Pada ketika itu, kemenangan besar oleh pihak Islam menjadikan Aya Sophia sebagai Masjid sebagai suatu simbol utama kemenangan Empayar Uthmaniyah setelah 10 abad Empayar Byzantine menguasai Konstantinopal (nama lama bagi Istanbul).
Loceng yang digunakan semasa Empayar Byzantine |
Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan locengdan barang-barang yang berunsurkan agama Kristiandibuang dan digantikan dengan unsur-unsur Islam.
Gambar Ibu Mariam yang masih kekal di siling dalam Aya Sophia. |
Aya Sophia kekal berfungsi sebagai Masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium kepada kerajaan Republik Turki yang diperintah oleh Mustafa Kemal Atarturk. Mustafa Kemal Atarturk telah menggantikan sistem khalifah kepada sebuah negara Republik yang masih diguna pakai sehingga kini.
Namun kini, pada 24 Julai 2020 Turki yang diperintah oleh Presiden Reccep Tayyip Erdoğan telah mengumumkan bahawa Aya Sophia sekali lagi telah dirasmikan menjadi sebuah Masjid setelah hampir seabad menjadi sebuah muzium. Hal ini, telah menimbulkan desas desus politik dunia.
Bagi umat Islam, ia merupakan suatu simbol kejayaan dalam penyebaran agama Islam.
Lampu dalam Aya Sophia. |
Seni Islam yang diunsurkan dalam Aya Sophia. |
Mihrab dalam Aya Sophia. |
Sekali lagi azan dilaungkan di MASJID AYA SOPHIA.
Comments
Post a Comment