'Trekking' di Gaung Turki. Ini Benda Yang Korang Boleh Buat!

 Terdapat beberapa gaung di Turki atau dalam bahasa Inggeris di panggil Canyon. Antaranya ialah Saklıkent Canyon, Gökbük Canyon, Valla Canyon, Cehennem Deresi Canyon, Güver Canyon, Lamas Canyon, Göksü Canyon, İnceğiz Canyon, Çatak Canyon dan banyak lagi.

Penulisan saya hari ini akan saya kongsikan dua Canyon atau gaung yang telah saya lawati dalam tahun 2020 ini.




Saklıkent Canyon (Gaung)

Gaung Saklıkent terletak antara wilayah Mugla dan Antalya. Gaung ini terkenal sebagai salah satu pusat pelancongan semulajadi. Jurang yang terdapat dalam gaung adalah 17 kilometer dengan ketinggian dinding batu antara 200 meter hingga 600 meter. Dikatakan juga, antara faktor pembentukan gaung ini adalah dari gempa bumi yang berlaku pada sebelum ini selain hakisan sungai yang berlaku pada suatu tempoh yang lama.


Terdapat kafetaria dalam gaung ini yang disediakan oleh kerajaan tempatan.




Waktu lawatan adalah dibuka setiap hari dari pukul 09:00 pagi hingga 19:30 petang. Bayaran masuk bagi seorang dewasa ialah 9 TL bersamaan RM5 (berdasarkan tarikh artikel ini diterbitkan) manakala kanak-kanak adalah percuma. Jika anda memiliki kad pelajar bagi yang belajar di Turki, anda hanya bayar separuh dari harga yang ditetapkan.



Jangan lupa untuk membawa kasut yang sesuai seperti kasut laut dan juga baju renang atau baju ekstra kerana anda akan melalui arus air untuk berjalan antara gaung ini!








Gökbük Canyon (Gaung)


Gaung Gokbuk pula terletak dalam wilayah Antalya. Memiliki kepanjangan 4 kilometer dan kedalaman 300 meter. Pelbagai aktiviti lasak yang boleh dilakukan dalam gaung ini seperti berkanu, skytrex, berenang, hiking, berkhemah dan sebagainya.


                                 
                                   

Kafetaria juga disediakan dalam gaung ini. Namun, pastikan anda kenyang dan bertenaga sebelum masuk gaung. Jauh perjalananya!


Waktu lawatan adalah 09:00 pagi hingga 18:00 petang. Bayaran masuk adalah 11 TL bersamaan RM6 manakala kanak-kanak adalah percuma. Seperti biasa, pelajar yang belajar di Turki sama ada anda warga asing yang belajar di Turki, diberikan separuh harga.






  



Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje