Posts

Showing posts from November, 2020

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje

Image
Kali ini saya kongsikan air terjun di Turki.  Sepanjang menetap di Turki, saya telah pergi ke dua jenis air terjun yang terletak di sebelah wilayah Mediteranean iaitu air terjun Kursyun dan air terjun Duden. Berikut adalah sedikit maklumat yang boleh anda masukkan dalam senarai lawatan ke Turki nanti. Air Terjun Kursyun (Kurşunlu Şelalesi) Air terjun ini terletak dalam bandar Antalya. Dari lapangan terbang Istanbul menaiki kereta ke Antalya mengambil masa 8 jam. Anda boleh membuat tempahan dengan Tour A La Backpacker   https://www.facebook.com/Tour-A-La-Backpacker-101849024622928   di mana anda boleh berunding dengan tempat lawatan yang anda inginkan. Bayaran masuk ke air terjun Kursyun adalah 9 TL(Turkish Lira) bersamaan RM5. Harga ini dikemas kini pada Oktober 2020. Anda boleh melihat keindahan alam flora dan fauna dalam kawasan air terjun ini. Anda tidak dibenarkan bermandi-manda di sini. Jadi, tak pelru bawa persiapan baju renang. Mungkin sedikit bekalan makanan boleh di bawa dalam

5 Perkara Anda Boleh Buat Kalau Berlaku Gempa Bumi

Image
Apabila berlaku sesuatu bencana alam, ramai masyarakat tidak tahu apa yang perlu dilakukan selain panik! Jangan panik, tarik nafas, bertenang dan bertindak dengan selamat tetapi pantas. Kita bersyukur sebagai warga Malaysia, negara kita terhindar dari bencana alam seperti gempa bumi. Namun, sedikit sebanyak memberi kesan dari negara yang berdekatan. Pastikan anda celik dengan teknologi dan informasi 'survival technic' yang dapat membantu anda dalam situasi genting. Pertama Sekiranya anda berada dalam Rumah atau Bangunan! Berselindung dalam rumah. Anda boleh berlindung di bawah meja makan, bawah tilam atau dalam almari. Hal ini dapat mengelakkan batu konkrit atau siling rumah yang akan runtuh secara langsung ke atas anda serta mengurangkan momentum yang akan berlaku ke atas anda. Jauhkan dari tingkap, perabot, aksesori, atau tempat api. Jauhkan diri anda dari kawasan dapur. Peralatan dapur mungkin memberi risiko lebih tinggi untuk anda kehilangan nyawa anda. Jangan terus lari k