Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje

Kali ini saya kongsikan air terjun di Turki.  Sepanjang menetap di Turki, saya telah pergi ke dua jenis air terjun yang terletak di sebelah wilayah Mediteranean iaitu air terjun Kursyun dan air terjun Duden. Berikut adalah sedikit maklumat yang boleh anda masukkan dalam senarai lawatan ke Turki nanti.



Air Terjun Kursyun (Kurşunlu Şelalesi)




Air terjun ini terletak dalam bandar Antalya. Dari lapangan terbang Istanbul menaiki kereta ke Antalya mengambil masa 8 jam. Anda boleh membuat tempahan dengan Tour A La Backpacker https://www.facebook.com/Tour-A-La-Backpacker-101849024622928 di mana anda boleh berunding dengan tempat lawatan yang anda inginkan.



Bayaran masuk ke air terjun Kursyun adalah 9 TL(Turkish Lira) bersamaan RM5. Harga ini dikemas kini pada Oktober 2020. Anda boleh melihat keindahan alam flora dan fauna dalam kawasan air terjun ini.



Anda tidak dibenarkan bermandi-manda di sini. Jadi, tak pelru bawa persiapan baju renang. Mungkin sedikit bekalan makanan boleh di bawa dalam beg anda.






Air Terjun Duden (Düden Şelalesi)

Air terjun ini juga terletak dalam bandar Antalya. Jaraknya juga lebih kurang dengan air terjun Kursyun. Jadi, jika anda ke Antalya, lawat kedua-duanya sekali. Air terjun Duden juga tidak kurang dengan keindahannya sendiri. Air terjun di sini mengalir deras. Di sini juga anda tidak dibenarkan berenang.

Bayaran masuk ke air terjun ini lebih murah iaitu 5 TL (Turkish Lira) bersamaan RM3. Harga ini juga dikemas kini pada Oktober 2020. Saya kira, antara tempat lawatan yang sesuai kalau anda berkeluarga dengan anak kecil.

Di kawasan luar air terjun ini juga terdapat unta. Bagi yang nak menunggang unta, boleh juga mendapatkan pengalaman naik unta di sini.


             

                                                                           


Jadi, bagaimana?Tiket masuk murah sahajakan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki