5 Perkara Anda Boleh Buat Kalau Berlaku Gempa Bumi
Apabila berlaku sesuatu bencana alam, ramai masyarakat tidak tahu apa yang perlu dilakukan selain panik! Jangan panik, tarik nafas, bertenang dan bertindak dengan selamat tetapi pantas. Kita bersyukur sebagai warga Malaysia, negara kita terhindar dari bencana alam seperti gempa bumi. Namun, sedikit sebanyak memberi kesan dari negara yang berdekatan. Pastikan anda celik dengan teknologi dan informasi 'survival technic' yang dapat membantu anda dalam situasi genting.
Pertama
Sekiranya anda berada dalam Rumah atau Bangunan!
Berselindung dalam rumah. Anda boleh berlindung di bawah meja makan, bawah tilam atau dalam almari. Hal ini dapat mengelakkan batu konkrit atau siling rumah yang akan runtuh secara langsung ke atas anda serta mengurangkan momentum yang akan berlaku ke atas anda. Jauhkan dari tingkap, perabot, aksesori, atau tempat api. Jauhkan diri anda dari kawasan dapur. Peralatan dapur mungkin memberi risiko lebih tinggi untuk anda kehilangan nyawa anda. Jangan terus lari ke bawah secara terburu-buru semasa bangunan bergegar atau semasa ada bahaya jatuh. Perkara ini, boleh menyebabkan anda cedera dengan serpihan kaca atau batuan yang mungkin akan runtuh semasa gegaran berlaku.
Kedua
Sekiranya anda berada di Luar!
Pergi ke kawasan terbuka, jauhkan diri anda daripada bangunan berdekatan, pencawang elektrik, cerobong asap, tiang, menara atau apa sahaja yang mungkin menimpa anda.
Ketiga
Jika anda sedang Memandu!
Berhenti tetapi berhati-hati. Pandu jauh dari kawasan sesak. Jangan berhenti di bawah jambatan, bawah pokok, papan tanda, atau di tiang elektrik. Tunggu di dalam kereta sehingga gegaran berhenti. Jika anda sambung memandu, berhati-hati dengan retakan di kaki lima jalan, tunggul jalan ataupun batuan yang mungkin jatuh ke atas kenderaan anda.
Keempat
Jika anda di kawasan Gunung!
Perhatikan batuan yang mungkin jauth, tanah runtuh, pokok-pokok atau serpihan lain yang boleh jatuh akibat gempa bumi.
Kelima
Jika anda di kawasan laut!
Pastikan anda tidak berada di kawasan yang memungkin tsunami atau ombak besar yang mungkin berlaku di persisiran pantai.
Maklumat ini diperolehi berdasarkan pautan di bawah serta pengalaman saya ketika berlaku gempa bumi di Turki (30 Oktober 2020). Segala informasi adalah unutk mengurangkan risiko yang mungkin berlaku.
Anda boleh semak di pautan berikut bagi tindakan berjaga-jaga ketika bencana alam.
https://www.usgs.gov/faqs/what-should-i-do-during-earthquake?qt-news_science_products=0#qt-news_science_products
terimakasih untuk info nya sangat membantu
ReplyDeletehttps://bit.ly/2Ep9WBz
Sama-sama
Delete