Posts

Showing posts from December, 2020

Cuba Tanya Diri Kenapa Nak Travel?

Image
Kehidupan kita selalu sibuk mengejar duit. Ya, duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit untuk hidup. Manusia bertungkus-lumus bekerja siang malam untuk mendapatkan gaji yang penuh pada hujung bulan. Belum lagi diambil kira yang bekerja tetap atau sementara. Selain isu pekerjaan, isu kekeluargaan juga antara tekanan yang diterima manusia. Cabaran kehidupan menjadikan manusia tertekan dalam kehidupan.  Oleh itu, travel merupakan suatu cara manusia melarikan diri dari tekanan atau situasi rutin yang dihadapi setiap hari. Ada juga antara anda semua, yang sememangnya mencari kelainan dari tempat kebiasaan anda.  Setiap manusia di uji dengan cara hidup yang berbeza.  Ditambah pula pandemik Covid-19 yang menyerang penduduk dunia dalam tahun 2020 ini. Industri pelancongan merupakan industri utama yang terjejas kepada penduduk seluruh dunia. Ketika tempoh pandemik ini, perubahan tingkah laku masyarakat berubah secara mendadak ekoran prosedur operasi standard (sop) dan norma baharu ya

7 Perkara Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara

Image
                                                                           Apabila kita merancang untuk melancong, kita perlu membuat perancangan awal. Pelbagai perkara yng perlu di ambil kira sebelum melancong. Kadang-kadang, berlaku juga kecuaian walau kita fikir, yang kita sudah mengambil kira semua perkara sebelum melancong. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa perkara penting sebelum melancong ke luar negara. 1. Semak Keselamatan Diri Sebagai warganegara Malaysia, anda perlu pastikan Pasport anda tidak kurang dari 6 bulan sebelum melancong ke luar negara. Hal ini, kebanyakan negara tidak menerima kemasukan kurang dari 6 bulan dan anda akan diminta untuk pulang ke negara asal anda. Selain pasport, Insurans juga penting untuk keselamatan diri anda. Pastikan anda mengambil insurans yang boleh mendukung kecederaan anda semasa berada di luar negara. Ada juga kes, di mana rakyat Malaysia cedera semasa melakukan aktiviti lasak di luar negara. Anda boleh semak di Internet atau dengan ma