Makanan Tradisi Hari Raya Orang Turki

Di Malaysia, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah satu sambutan yang amat meriah bagi umat Islam, Malaysia terutamanya. 1 Syawal menjadi hari kepentingan umat Islam setelah memenuhi sebulan puasa Ramadhan.


Waktu ini juga, di mana rakyat Malaysia mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga, berkumpul dan saling ziarah menziarahi. Hubungan silaturrahim ini juga terbentuk, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Islam, tetapi masyarakat Malaysia yang beragama lain juga.


Namun begitu, Turki sedikit sebanyak mempunyai kelainanan pada sambutan raya mereka. Tradisi Hari Raya mereka terkenal dengan makanan yang dipanggil 'Yaprak Sarma' atau dikenali daun anggur gulung. Daun anggur yang dipilih telah direndam dengan air garam untuk suatu tempoh, kemudian digunakan untuk salah satu penyediaan makanan tradisi Hari Raya mereka.


Jika Malaysia terkenal dengan ketupat, tetapi mereka terkenal dengan daun anggur gulung! 

Caranya, mereka telah menggoreng beras dengan rempah seperti, serbuk cili, lada hitam, jintan, daun sup, bawang dan tomato puri, kemudiannya menggulungkan ke dalam daun secara halus dan memanjang (seperti dalam gambar). Setelah siap menggulungkan daun anggur tersebut, mereka akan menyusunnya ke dalam periuk dan merebusnya dgn hirisan lemon dalam 30 minit ke 1 jam.

Seterusnya, 'Yaprak Sarma' boleh dinikmati. Iyi Bayramlar (Selamat Hari Raya)!

Beras digoreng berempah dan setengah masak.

'Yaprak Sarma' semasa rebusan mereka meletakkan pinggan agar apabila air mendidih, 'yaprak sarma' tidak melompat atau terbuka dari gulungannya.

Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje