Malaysia-Turki: PCR test? Kuarantin? Boleh ke Nak Travel?
Artikel kali ini ingin saya kongsikan tentang perjalanan balik kami dari Turki ke Malaysia pada Januari 2022. Pelbagai permohonan perlu dibuat sebelum balik ke Malaysia. Ya betul dan sangat memeningkan. Sejak wabak korona yang menyerang dunia, banyak negara-negara di dunia mengambil langkah dengan menutup sempadan antarabangsa negara mereka dan tidak membenarkan sebarang perjalanan keluar dan masuk. Keadaan ini menyebabkan banyak urusan harian dunia tergendala dan ekonomi negara terganggu. Bagi mereka yang berkahwin campur pula, turut menerima kesan dari psikologi apabila tidak dapat bertemu dengan pasangan dan ahli keluarga mereka pada musim pandemik ini. Secara peribadinya, saya ingin mengkongsikan perjalanan pulang saya sebagai rakyat Malaysia dengan suami dan anak yang bukan warganegara Malaysia. Berikut adalah turutan permohonan yang kami buat sebelum pulang ke Malaysia. 1. Memohon My Travel Pass dari Jabatan Immigresen Malaysia ( https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main ) . Ranc