Malaysia-Turki: PCR test? Kuarantin? Boleh ke Nak Travel?


Artikel kali ini ingin saya kongsikan tentang perjalanan balik kami dari Turki ke Malaysia pada Januari 2022.





Pelbagai permohonan perlu dibuat sebelum balik ke Malaysia. Ya betul dan sangat memeningkan. Sejak wabak korona yang menyerang dunia, banyak negara-negara di dunia mengambil langkah dengan menutup sempadan antarabangsa negara mereka dan tidak membenarkan sebarang perjalanan keluar dan masuk.


Keadaan ini menyebabkan banyak urusan harian dunia tergendala dan ekonomi negara terganggu. Bagi mereka yang berkahwin campur pula, turut menerima kesan dari psikologi apabila tidak dapat bertemu dengan pasangan dan ahli keluarga mereka pada musim pandemik ini. 


Secara peribadinya, saya ingin mengkongsikan perjalanan pulang saya sebagai rakyat Malaysia dengan suami dan anak yang bukan warganegara Malaysia. Berikut adalah turutan permohonan yang kami buat sebelum pulang ke Malaysia.


1. Memohon My Travel Pass dari Jabatan Immigresen Malaysia (https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main). Rancangan pulang pada akhir Disember 2021 ke Januari 2022 di mana, My Travel Pass ketika itu diperlukan untuk warga asing dan pasangan asing. Rakyat Malaysia sudah bebas untuk keluar masuk Malaysia tanpa perlu mohon My Travel Pass tetapi masih perlu membuat kuarantin. Keputusannya mengambil masa lebih 2 minggu dan hanya sah 90 hari dari tarikh yang dikeluarkan.


2. Bagi warga asing, pastikan anda buat slip temujanji STO (http://sto.imi.gov.my/STO/home.php)di laman Jabatan Immigresen Malaysia bagi memohon visa pas permit.


3. Pastikan anda download aplikasi My Sejahtera (https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro_en/ terlebih dahulu, bagi mengesahkan sijil vaksin dan kemaskini alamat tempat tinggal dan sebagainya. Hal ini dapat memudahkan perjalanan anda apabila masuk ke Malaysia dan mengelakkan anda dari berkumpul dan bersesak di dalam KLIA.


4. Anda boleh dapatkan tiket penerbangan pulang ke Malaysia. Jika, risau akan keputusan ujian PCR yang wajib ambil sebelum penerbangan, anda digalakkan membeli dengan syarikat yang dapat memberi full refund kepada anda. 


5. Selepas anda ada semua dokumen lengkap di atas, barulah boleh mohon home quarantine (https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/indexyang diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan ini perlu dibuat 7-10 hari sebelum tarikh tiket penerbangan anda. Oleh itu, anda perlu ada tiket penerbangan, kemudian baru boleh mohon home quarantine ini. Tidak lupa, jangan guna hotmail atau gmail untuk mendaftar home quarantine. Saya menggunakan email yahoo bagi memudahkan pendaftaran. Boleh rujuk dalam group Malaysia Quarantine Support Group (MQSG) di https://www.facebook.com/groups/640550406736604 atau Malaysian Home Quarantine Discussion Group di https://www.facebook.com/groups/471050507609045. 

Permohonan home quarantine, saya buat pada hari ke-10 sebelum tarikh penerbangan dan menerima keputusan positif selepas 5 hari permohonan.


6. Setelah sampai di KLIA, anda akan dibimbing oleh kakitangan tempatan untuk membuat langka seterusnya. Mereka akan membantu anda sepenuhnya untuk kawalan seterusnya. Di KLIA ada akses wifi percuma. Jadi, anda boleh mendaftar atau scan QR kod bagi membenarkan anda memasuki tren untuk ke masuk ke KLIA.


7. Ujian PCR (wajib di KLIA) bagi rakyat Malaysia adalah percuma, manakala bagi warga asing akan dikenakan RM250 setiap seorang. Tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Anda akan diberi nasihat dan akan diberi gelang berdasarkan tahap risiko negara masing-masing. Makluman yang saya terima dari pegawai di situ, bagi pelancong yang datang dari negara yang mempunyai risiko covid yang tinggi akan diberikan digital tracker yang mana ia mempunyai kunci khas dan akan dibuka di klini atau hospital yang ditetapkan. Manakala bagi negara yang tahap covid mempunyai risiko rendah tidak lagi diberikan gelang seperti kami yang sampai pada 30 Januari 2022. Walaubagaimanapun, masih ada negara yang akan dipakaikan gelang.


8. Bagi rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara, anda juga perlu semak kembali dan jangan lupa untuk memohon home quarantine agar anda tidak dikenakan caj untuk tinggal di hotel yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Anda boleh rujuk di facebook group Malaysia Quarantine Support Group (MQSG) di https://www.facebook.com/groups/640550406736604 atau Malaysian Home Quarantine Discussion Group di https://www.facebook.com/groups/471050507609045. 


Selamat pulang ke Malaysia!

Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje