Pelancongan Hartanah di Turki
Kejatuhan nila Turkish Lira yang teruk telah menyebabkan pelbagai desakan ekonomi dalam negara Turki. Namun, tidak bagi rakyat Malaysia, nilai ringgit adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan nilai Turkish Lira.
Gambar: Nilai mata wang ini di kemas kini pada 16 Februari 2022 dari xe.com (currency converter) |
Ramai rakyat Malaysia yang sedar akan turun naik ekonomi di negara dua benua ini mula celik mata dalam mencari pelaburan hartanah. Negara Turki yang terkenal dengan sektor perlancongannya, bukan sahaja menjadi tarikan disebabkan suasana alam yang indah, binaan sejarah-sejarah lama, dan sebagainya, malah turut menjadi pelancongan hartanah kepada rakyat warga asing.
Walaupun begitu, saya ingin menasihatkan agar rakyat Malaysia berhati-hati dalam berurusan dengan pembelian tanah ataupun rumah di Turki. Negara ini juga tidak terlepas dengan kegiatan scammer yang boleh menipu warga asing.
Nota: Penulis adalah warga Malaysia yang menetap di Turki. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung ke nombor +6018-222 5870 atau ke laman page Facebook: Tour A La Bacpacker.
Comments
Post a Comment