Turkish Food#1
Assalamualaikum and Hello to all my readers.
Hari ini saya nak kongsikan tentang makanan Turki. Untuk pertama kalinya setelah 7 tahun berada di Turki, mengadaptasi gaya hidup orang timur tengah, bahasa, budaya dan sebagainya, saya telah buat keputusan untuk memulakan blog tentang makanan Turki yang sedap-sedap belaka.
Jadi, kepada para followers saya yang ada dan akan datang, saya akan hashtag setiap jenis makanan untuk memudahkan korang melihat resipi-resipi yang ada dan cuba di rumah.
Orang Malaysia kita kalau nampak kacang dal ni, yang diorang tau buat kuah dal cecah roti canai. Kalau di Turki diorang buat bebola. Selain tu diorang buat sup juga. Tapi, untuk hari ini saya akan kongsikan bebola kacang dal merah dulu. Mari kita lihat resepi di bawah.
Bahan-bahan:
1 cawan kacang dal merah
1.5 cawan bulgur halus ( bulgur ni sejenis gandum@wheat)
1 biji bawang besar (kalau di Malaysia korang boleh guna bawang Holland)
1 ikat daun sup
2-3 sudu makan minyak masak (di Turki diorang guna minyak bunga matahari@minyak jagung@minyak zaitun)
1 ikat daun bawang
2 sudu makan tomato puri ( boleh campur dengan cili boh.ikut pedas korang ye)
3 cawan air
garam secukup rasa
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada
Cara Penyediaan:
Basuh kacang dal bersih-bersih kemudian rebus kan dengan 3 cawan air. Kacang dal tadi dah masak lembut, korang masukkan bulgur halus kemudian kacaukan dan tutup. Api pun tutup sekali. Tunggu setengah jam.
Sementara menunggu setengah jam tu, korang boleh dadukan bawang holland dan goreng atas fry pan yang lain, kemudian masukkan tomato puri atau cili boh puri. Ikut suka korang pedasnya.
Agak-agak dah setengah jam, korang masukkan bahan goreng bawang dan tomato puri ke dalam bahan rebusan kacang dal tadi. Gaulkan dan masukkan rempah-rempah yang dinyatakan serta daun bawang dan daun sup yang dicincang halus.
Selepas gaul sebati semua bahan, bolehlah kepal-kepal ikut suka korang. Gambar di bawah tu adalah contoh mercimek köftesi ni. Diorang makan dengan sayur salad lepas tu perah lemon.atau perah dengan sos delima yang masam manis tu. Selamat mencuba!Afiyet Olsun!
Comments
Post a Comment