Turkish Food#3

Hari ini saya nak kongsikan lagi resepi makanan Turki yang lain. Makanan ni terkenal di sebuah bandar yang dipanggil Eskişehir. Namanya ialah Çiğ Börek atau dalam bahasa Melayunya ialah Pai Mentah@pastri mentah.
Kenapa mentah? Orang Turki ni makan mentah-mentah ke? Tak dimasak?
Bukan makan mentah. Tapi inti daging kisar yang diletakkan dalam doh pastri tu adalah mentah. Dan bila doh pastri digoreng atas kuali, doh akan naik mengembung macam ikan buntal dan daging kisar tu akan masak dalam suhu yang panas atau stim. Korang boleh google dalam youtube atau tinggalkan komen anda di bawah untuk pertanyaan lanjut dan saya akan cuba membalas secepat mungkin.
Resepinya adalah seperti di bawah.

Bahan-bahan:

Untuk inti
daging kisar (anggaran 250gr)
1 biji bawang holland
segenggam daun sup
1/2 cawan air
garam secukup rasa
lada hitam sepedas rasa. ;)

Untuk doh
2 cawan tepung
2 sudu teh garam
1 paket karbonat
air secukupnya

Cara penyediaan:

sediakan bahan doh dahulu. gaulkan doh sebati. kemudian tutup dengan kain atau apa sahaja supaya tak terdedah dengan udara.tak perlu nak kedap sangat.
Sementara kita biarkan doh tadi sebati, kita boleh sediakan bahan untuk inti. bawang disagat dan digaulkan dengan daging kisar, daun sup yang dicincang halus, garam,lada hitam serta air.
Air ini tadi yang fungsinya menstimkan daging mentah yang diletak secara langsung ke atas doh.

Kemudian, korang boleh bulatkan doh kecil-kecil seperti doh roti canai tuuuuu...setiap doh tadi digelek macam nak buat karipap dan letakkan inti daging tadi.jangan letak setepek macam karipap.kang tak mengembung plak doh atas kuali. letak nipis-nipis aje. kemudian gorengkan atas frying pan ok. bukan kuali wok yang kita orang malaysia selalu pakai.ok.
Gambar di bawah saya kongsikan macam mana saya goreng tadi. sedappppp...kalau kita kat malaysia ada karipap daging bagai tu kan...yang ni cuma daging takde kentang ye. dengan doh/pastri yang rangup.Selamat mencuba!


Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje