Posts

Showing posts from December, 2019

Perjalanan Terpanjang di Turki

Image
Kelmarin saya kongsikan perjalanan dalam Turki dengan bas. Kali ini saya ingin kongsikan perjalanan dengan kereta api di Turki. Perjalanan dengan kereta api di Turki adalah perjalanan terpanjang yang pernah mengambil masa 39jam. Perjalanan tersebut adalah dari bandar Izmir (sebelah barat Turki) ke bandar Kars (sebelah timur turki). Perjalanan merentasi 14 buah bandar di Turki dengan melepasi 79 stesen kereta api. Semasa kereta api bergerak ke arah destinasi, para penumpang dapat melihat keindahan dan keunikan alam di luar tingkap mereka.                                                 Selain dari penumpang awam, pegawai-pegawai yang bertugas juıga antara penumpang yang berkhidmat dengan kereta api.     Sumber@source: https://www.ensonhaber.com/galeri/turkiyenin-en-uzun-yolculugu

Bas di Turki ada Pramugara?

Image
Bagi yang pernah melancong ke Turki dengan menaiki bas awam ke luar bandar, anda akan tahu bahawa bas Turki mempunyai khidmat pramugara. Hal ini kerana Turki merupakan sebuah negara yang besar. Jarak perjalanan dari satu bandar ke bandar yang lain adalah sangat jauh. Perjalanan paling jauh dengan bas mengambil masa lebih 20jam.          Pramugara ini berkhidmat dengan menyediakan makanan dan minuman ringan untuk penumpang seperti biskut, air bergas, teh, kopi atau minuman buah-buahan. Makanan yang disediakan bukanlah makanan yang berat, tetapi hanya sekadar mengalas perut sementara sampai ke tempat yang akan dituju. Setiap kerusi yang disediakan juga ada penyediaan skrin lcd sepertimana anda menaiki kapal terbang. Hal ini dapat mengelakkan kebosanan penumpang dalam perjalanan yang jauh ini. Para penumpang yang sampai ke destinasi stesen bas atau menunggu perjalanan ke destinasi masing-masing.

Cintaku di Kapadokya

Image
Cappadocia (kapadokya) merupakan sebuah bandar yang terletak dalam wilayah Anatolia dan terkenal dengan landskap geografi yang unik serta rumah-rumah batuan yang dibina di bawah tanah. Pembentukan lembah dan batuan-batuan unik yang terjadi akibat hujan dan angin yang mengikis permukaannya selama ribuan tahun serta aktiviti manusia yang memahat batu dan menggali tanah untuk dijadikan sebuah pertempatan. Dari Istanbul perjalanan mengambil masa 8jam setengah untuk ke Kapadokya. Kira-kira740km perjalanan dengan bas atau kereta. Kaum pertama yang mendiami Kapadokya ialah kaum Hatti, Luvies dan Hittites. Anda boleh lihat sejarah tamadun peradaban dunia yang menjadi sejarah yang terkenal di bandar Kapadokya. Bandar bawah tanah (Underground City) yang terbesar di sini ialah Bandar Bawah Tanah Derinkuyu.           Perjalanan ke Kapadokya yang terlihat dari jalan raya utama. Keunikan batu-batu yang membentuk gunung dan lembah.          Anda juga boleh mend

Pasar Lambak Ankara

Image
Bandar Ankara terkenal dengan pasar lambak murah yang dikenali sebagai Ulus Saman Pazarı (pasar Saman Ulus). Antara tempat yang mesti dilawati ialah pasar Saman Ulus selain daripada Anıtkabir dan Ankara Kalesi (Istana Ankara). Ankara juga merupakan ibukota negara Turki dan berpusat di Anatolia. Selain menjadi bandar kedutaan dan sejarah-sejarah empayar Rom, Byzantine dan Uthmaniyah, bandar Ankara menjadi tarikan sebagai bandar perindustrian.               Pasar Ulus antara pasar yang anda boleh datang untuk borong dengan harga yang murah seperti buah zaitun, keju, kekacang, tudung, jubah serta pelbagai lagi yang menjadi tarikan orang asing. Anda juga boleh menikmati jus buah delima segar di sekitar pasar Ulus. harga buah delima adalah sangat murah berbanding di Malaysia.    Terdapat juga baju jubah Turki dan tudung -tudung Turki. Kalau perlu, anda boleh meronda satu pasar Ulus untuk membuat banding harga. terdapat beberapa kedai yang menj