Bas di Turki ada Pramugara?



Bagi yang pernah melancong ke Turki dengan menaiki bas awam ke luar bandar, anda akan tahu bahawa bas Turki mempunyai khidmat pramugara. Hal ini kerana Turki merupakan sebuah negara yang besar. Jarak perjalanan dari satu bandar ke bandar yang lain adalah sangat jauh. Perjalanan paling jauh dengan bas mengambil masa lebih 20jam.


        

Pramugara ini berkhidmat dengan menyediakan makanan dan minuman ringan untuk penumpang seperti biskut, air bergas, teh, kopi atau minuman buah-buahan. Makanan yang disediakan bukanlah makanan yang berat, tetapi hanya sekadar mengalas perut sementara sampai ke tempat yang akan dituju. Setiap kerusi yang disediakan juga ada penyediaan skrin lcd sepertimana anda menaiki kapal terbang. Hal ini dapat mengelakkan kebosanan penumpang dalam perjalanan yang jauh ini.


Hasil carian imej untuk otobus hostes



Image result for otobüs otogar da

Para penumpang yang sampai ke destinasi stesen bas atau menunggu perjalanan ke destinasi masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje