Pasar Lambak Ankara





Bandar Ankara terkenal dengan pasar lambak murah yang dikenali sebagai Ulus Saman Pazarı (pasar Saman Ulus). Antara tempat yang mesti dilawati ialah pasar Saman Ulus selain daripada Anıtkabir dan Ankara Kalesi (Istana Ankara). Ankara juga merupakan ibukota negara Turki dan berpusat di Anatolia.

Selain menjadi bandar kedutaan dan sejarah-sejarah empayar Rom, Byzantine dan Uthmaniyah, bandar Ankara menjadi tarikan sebagai bandar perindustrian.


            

Pasar Ulus antara pasar yang anda boleh datang untuk borong dengan harga yang murah seperti buah zaitun, keju, kekacang, tudung, jubah serta pelbagai lagi yang menjadi tarikan orang asing.


Anda juga boleh menikmati jus buah delima segar di sekitar pasar Ulus. harga buah delima adalah sangat murah berbanding di Malaysia.   








Terdapat juga baju jubah Turki dan tudung -tudung Turki. Kalau perlu, anda boleh meronda satu pasar Ulus untuk membuat banding harga. terdapat beberapa kedai yang menjual baju dan tudung untuk anda membuat pilihan.  



     
Pelbagai kekacang dan buah-buahan yang dikeringkan. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis keju.


  


Selain daripada makanan dan baju, anda juga boleh membeli-belah dengan alas meja Turki, karpet, tilam dan sebagainya.

   




Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje