Cintaku di Kapadokya
Cappadocia (kapadokya) merupakan sebuah bandar yang terletak dalam wilayah Anatolia dan terkenal dengan landskap geografi yang unik serta rumah-rumah batuan yang dibina di bawah tanah. Pembentukan lembah dan batuan-batuan unik yang terjadi akibat hujan dan angin yang mengikis permukaannya selama ribuan tahun serta aktiviti manusia yang memahat batu dan menggali tanah untuk dijadikan sebuah pertempatan.
Dari Istanbul perjalanan mengambil masa 8jam setengah untuk ke Kapadokya. Kira-kira740km perjalanan dengan bas atau kereta.
Kaum pertama yang mendiami Kapadokya ialah kaum Hatti, Luvies dan Hittites. Anda boleh lihat sejarah tamadun peradaban dunia yang menjadi sejarah yang terkenal di bandar Kapadokya. Bandar bawah tanah (Underground City) yang terbesar di sini ialah Bandar Bawah Tanah Derinkuyu.
Perjalanan ke Kapadokya yang terlihat dari jalan raya utama. Keunikan batu-batu yang membentuk gunung dan lembah.
Anda juga boleh mendapatkan cenderahati yang murah-murah untuk di bawa pulang sebagai kenangan. Anda juga boleh menaiki belon panas di Kapadokya. Seronok untuk pengalaman sekali seumur hidup.
Kedai-kedai sekitar Kapadokya yang menjual alas kaki, karpet dan barangan-barangan kraf lain. Jangan lupa untuk menikmati teh atau kopi Turki yang boleh didapati di sekitar kawasan Kapadokya.
Comments
Post a Comment