Posts

Showing posts from January, 2021

6 Bandar Purba Yang Boleh Anda Masukkan Dalam Itenari Lawatan Anda 2021

Image
Tertanya-tanya ke mana anda hendak melancong pada tahun 2021 tanpa merisikokan keselamatan anda dan orang lain? Senarai bandar purba ini dipilih dalam sekitar Turki untuk memberi inspirasi kepada anda tempat-tempat lawatan yang lain dari yang lain. Kita mempunyai 12 bulan untuk menikmati aktiviti di luar rumah dan cuba untuk mendapatkan kembali nafsu pengembaraan yang mungkin berkocak dalam diri kita semasa wabak korona ini. Tahun lepas,2020 merupakan tahun yang mencabar untuk semua. Kita terpaksa menyesuaikan diri dengan cara hidup baru di mana kita wajib tinggal di rumah dan kehilangan sebahagian besar perkara yang biasa kita lakukan. Gelombang Covid-19 telah memberi kesan banyak kepada penduduk dunia. Sepertinya, tidak akan reda dalam waktu terdekat. Namun, kita mempunyai satu kehidupan untuk menikmati kehidupan yang sementara ini. Rantaian Covid-19 dapat diputuskan selagi kita mematuhi sepenuhnya peraturan kebersihan dan jarak sosial yang ditetapkan. Saya telah senaraikan 6 tapak w

Elak "Scammer" Ketika Melancong

Image
Apa itu "scammer"? "Scammer" adalah istilah bahasa Inggeris yang telah menjadi perkataan kebiasaan kepada kita semua. "Scammer" dalam bahasa Melayu bermaksud penipu. Ya, penipu yang mempergunakan orang lain dengan menipu dalam baik. Kita tidak terlepas dari penipu ini, sama ada dalam negara atau luar negara.  Ciri-Ciri "Scammer" Scammer ini kebiasaannya cuba mendekati pelancong dari luar dengan membuat tawaran pelancongan, aktiviti, atau cubaan untuk berkenalan. Pelbagai cara yang digunakan oleh scammer ini untuk mendapatkan wang dari pelancong. Berikut adalah senarai yang kita boleh lihat sebagai ciri-ciri scammer. Menyamar seperti orang baik untuk berkenalan. Mempergunakan agama dengan meminta sedekah. Mempergunakan anak kecil dan duduk di tepi jalan sambil makan sampah atau meminta sedekah. Berpura-pura kehilangan duit. Berpura-pura dalam keadaan sakit kritikal. Cubaan untuk berkenalan dengan meminta nombor telefon. Pemandu teksi membawa anda

Macam Mana Nak Melancong Bila Anda TAK ADA DUIT!

Image
Ramai orang berkeinginan untuk melancong. Pelbagai jawapan yang saya terima. Namun, sebab utama adalah duit. Ya, kita perlukan duit untuk melancong. Jika dibuat kira-kira secara terperinci, sudah pasti segala yang kos yang mungkin terlibat tidak mencukupi. Masalah ini adalah soalan yang paling banyak diungkitkan sehingga terpaksa berhabis wang simpanan semata-mata untuk melancong. Sesetengah pembaca mungkin merasa bosan dengan perbincangan saya. Namun, masalah kewangan tidak akan pernah mencukupi walau untuk kehidupan harian. Oleh kerana, persoalan ini sering muncul, saya ingin mengongsikan beberapa sumber atau informasi untuk membolehkan anda melancong. Anda tidak perlu kaya untuk melancong. Mari kita ulangi, anda tidak perlu kaya untuk melancong. Terdapat banyak cara untuk melancong dengan bajet yang rendah. Anda hanya perlu sentiasa bersedia. Mengembara dunia tanpa duit, kedengaran impian yang mustahil untuk dicapai. Untuk melakukan perjalanan yang murah, anda boleh memanfaatkan apl