Elak "Scammer" Ketika Melancong
"Scammer" adalah istilah bahasa Inggeris yang telah menjadi perkataan kebiasaan kepada kita semua. "Scammer" dalam bahasa Melayu bermaksud penipu. Ya, penipu yang mempergunakan orang lain dengan menipu dalam baik. Kita tidak terlepas dari penipu ini, sama ada dalam negara atau luar negara.
Scammer ini kebiasaannya cuba mendekati pelancong dari luar dengan membuat tawaran pelancongan, aktiviti, atau cubaan untuk berkenalan. Pelbagai cara yang digunakan oleh scammer ini untuk mendapatkan wang dari pelancong. Berikut adalah senarai yang kita boleh lihat sebagai ciri-ciri scammer.
- Menyamar seperti orang baik untuk berkenalan.
- Mempergunakan agama dengan meminta sedekah.
- Mempergunakan anak kecil dan duduk di tepi jalan sambil makan sampah atau meminta sedekah.
- Berpura-pura kehilangan duit.
- Berpura-pura dalam keadaan sakit kritikal.
- Cubaan untuk berkenalan dengan meminta nombor telefon.
- Pemandu teksi membawa anda ke tempat yang bukan sepatutnya.
- Mereka sering menunggu atau duduk di kawasan tempat pelancongan pada tempoh yang agak lama. (Pengalaman sebagai pemandu pelancong, saya perhatikan mereka akan cuba mendekati pelancong sebelum para pelancong bergerak balik).
Bagaimana Nak Elak Dari "Scammer"
Kita sebagai manusia berniat baik untuk menolong sesama manusia. Namun, kebaikan yang dilakukan di ambil kesempatan oleh manusia yang tidak berhati perut. Perasaan suka berada di tempat orang menjadikan kita alpa dengan sikap untuk lebih berjaga-jaga. Saya beranggap itu adalah perkara biasa yang berlaku bagi mana-mana pelancong. Di sini, saya kongsikan juga tip untuk elak "scammer" jika berada di tempat asing.
- Kurangkan sifat suka bersedekah di tempat asing.
- Jangan berasa mudah kasihan dengan orang luar.
- Pastikan beg dan dokumen anda tidak dinampak dari luar sehingga boleh berlaku seluk saku.
- Jika berlaku sebarang perkenalan, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata ajakan dari warga asing.
- Jika anda sesat, pastikan anda bertanya pada sekuriti atau polis tempatan untuk pertolongan dan bukan orang biasa yang berlalu lalang di kawasan pelancongan.
- Paling utama, jangan mudah percaya dengan mana-mana orang luar.
Comments
Post a Comment