Macam Mana Nak Melancong Bila Anda TAK ADA DUIT!
Masalah ini adalah soalan yang paling banyak diungkitkan sehingga terpaksa berhabis wang simpanan semata-mata untuk melancong. Sesetengah pembaca mungkin merasa bosan dengan perbincangan saya.
Namun, masalah kewangan tidak akan pernah mencukupi walau untuk kehidupan harian.
Oleh kerana, persoalan ini sering muncul, saya ingin mengongsikan beberapa sumber atau informasi untuk membolehkan anda melancong.
Anda tidak perlu kaya untuk melancong.
Mari kita ulangi, anda tidak perlu kaya untuk melancong.
Terdapat banyak cara untuk melancong dengan bajet yang rendah. Anda hanya perlu sentiasa bersedia.
Mengembara dunia tanpa duit, kedengaran impian yang mustahil untuk dicapai.
Untuk melakukan perjalanan yang murah, anda boleh memanfaatkan aplikasi dan laman web yang berguna untuk menjimatkan wang anda. Anda mesti memikirkan cara untuk mengurangkan perbelanjaan anda dan menjana wang semasa perjalanan anda. Dengan kata lain, anda meningkatkan nilai wang anda dan mengurangkan perbelanjaan anda. Dalam masa yang sama, anda masih mampu melakukan apa yang anda mahu (melancong atau aktiviti luar).
Anda perlukan penginapan, pengangkutan dan aktiviti luar yang mungkin disertai ketika melancong. Di sini, anda perlu mengorbankan keselesaan dan kemudahan untuk melanjutkan perjalanan anda selama yang mungkin.
Dengan cara yang betul, selagi tidak melanggar undang-undang mana-mana negara, anda boleh melancong dalam negara mahupun luar negara.
Berikut adalah beberapa idea yang boleh membantu anda ketika berada di luar negara.
1. Bekerja Sebagai Guru Bahasa. Bergantung ke tempat negara yang anda lawati. Anda boleh memohon untuk mengajar di sekolah-sekolah swasta. Jika anda mempunyai diploma seperti TOEFL dan sebagainya, ia sangat memberi kelebihan kepada anda.
2. Kerja Separuh Masa di Restoran atau Kedai Makan.Cadangan ini adalah bagi mereka yang mungkin tidak mempunyai kelayakan tinggi atau kesukaran menemui pekerjaan yang sesuai ketika berada di luar negara.
3. Tukang Kebun.Anda boleh bekerja di kampung-kampung dengan membantu orang tempatan menuai, petik buah dan sebagainya. Pekerjaan ini, biasana menyediakan tempat tinggal dan makanan untuk anda. Cadangan ini lebih sesuai bagi backpacker bujang.
4. Tour GuideAnda boleh jadi "tour guide" atau pemandu pelancong. Upah yang diberi biasanya agak lumayan. Anggaran saya dalam RM200 ke RM500 sehari. Makanan dan tempat tinggal juga, biasanya disediakan. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dibayar lebih tak termasuk "tip" dari pelanggan!
5. Kongsi Duit.Terdapat beberapa company yang menjalankan perkongsian dalam melancong. Anda juga boleh berkongsi dengan teman anda jika anda melancong bersama. Seperti berkongsi tempat tinggal, makanan dan sebagainya. Berikut beberapa laman web yang boleh anda semak untuk mendapatkan pelancongan murah atau percuma!
- Couchsurfing
- BlablaCar
- Airbnb
- CampSpace
- Turo
- Eatwith
- Craigslist
- TaskRabbit
- GumTree
- Upwork
Comments
Post a Comment