6 Bandar Purba Yang Boleh Anda Masukkan Dalam Itenari Lawatan Anda 2021




Tertanya-tanya ke mana anda hendak melancong pada tahun 2021 tanpa merisikokan keselamatan anda dan orang lain? Senarai bandar purba ini dipilih dalam sekitar Turki untuk memberi inspirasi kepada anda tempat-tempat lawatan yang lain dari yang lain.

Kita mempunyai 12 bulan untuk menikmati aktiviti di luar rumah dan cuba untuk mendapatkan kembali nafsu pengembaraan yang mungkin berkocak dalam diri kita semasa wabak korona ini. Tahun lepas,2020 merupakan tahun yang mencabar untuk semua. Kita terpaksa menyesuaikan diri dengan cara hidup baru di mana kita wajib tinggal di rumah dan kehilangan sebahagian besar perkara yang biasa kita lakukan.

Gelombang Covid-19 telah memberi kesan banyak kepada penduduk dunia. Sepertinya, tidak akan reda dalam waktu terdekat. Namun, kita mempunyai satu kehidupan untuk menikmati kehidupan yang sementara ini. Rantaian Covid-19 dapat diputuskan selagi kita mematuhi sepenuhnya peraturan kebersihan dan jarak sosial yang ditetapkan.

Saya telah senaraikan 6 tapak warisan purba yang mesti dilihat di Turki dan boleh anda masukkan dalam itenari lawatan untuk tahun 2021 ini.




1. Biara Sümela

Biara Sümela terletak dalam bandar Trabzon di sebelah laut hitam Turki. Biara ini merupakan salah suatu tempat peninggalan Kristian Orthodox yang terkenal. Ia dibina ditepi tebing Gunung Karadağ dalam kedudukan hampir 90 darjah. Biara ini banyak lukisan sejarah hampir seluruh di kawasan dindingnya. Biara ini juga menjadi salah satu tempat tarikan pelancong-pelancong luar.


                                         

Terletak di tebing curam dengan ketinggian kira-kira 1200 meter. Biara ini salah satu tempat bersejarah dan pelancongan terpenting dalam daerah Trabzon.



2. Lembah Ihlara

Menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki (2019), Lembah Ihlara merupakan tempat arkeologi keenam yang paling banyak dikunjungi dalam negara ini. Ia terkenal sebagai Peristremma dalam sumber sejarah, terletak dalam bandar Aksaray. Selain dari kepentingan sejarah, Lembah ini juga menawarkan beberapa keindahan flora dan fauna yang menakjubkan.









Orang Kristian dikatakan penduduk paling awal di kawasan lembah ini. Mereka dikatakan mencari perlindungan dari ditangkap oleh orang Rom. Ketika pencarian, mereka menjumpakan tempan yang aman dan terselindung untuk menjalankan agama mereka. Anda boleh lihat gambar pembinaan tempat ibadah pada tepi lembah yang agak ke dalam dan tersembunyi. Secara beransur-ansur, penempatan tersembunyi ini berkembang menjadi sebuah bandar besar. Lembah ini mempunyai 105 gereja namun hanya 14 darinya terbuka untuk pengunjung. Gereja-gereja ini juga mempunyai beberapa lukisan dinding yang menggambarkan kehidupan Jesus dan ayat dari kitab Bible.


Gambar sumber dari TRT Melayu dicapai dari https://www.trt.net.tr/melayu/pelancongan-di-turki/2020/08/10/pelancongan-di-turki-tapak-arkeologi-ani-1159834


3. Bandar Purba Ani

Bandar purba Ani disebut sebagai kota 1001 gereja. Ia telah dimasukkan ke dalam senarai warisan dunia UNESCO pada tahun 2016. Elemen utama di sebalik kemasyhuran bandar purba ini adalah pengkomersialan kereta api Eastern Express. Laluan keretapi ini bergerak sejauh 1300 kilometer dari Ankara ke Kars telah menarik banyak minat populasi muda Turki. Namun, perkhidmatan ini diberhentikan buat sementara waktu kerana wabak Covid-19.



4. Bandar Bawah Tanah Derinkuyu

Underground City Derinkuyu atau bandar bawah tanah terletak di Kapadokya. Ia merupakan kota bawah tanah yang terbesar di dunia. Kisah berkenaan kota ini hampir sama dengan kisah di Lembah Ihlara, orang Kristian awal melarikan diri dari penganiayaan orang Rom. Memikirkan keadaan mereka tidak selamat untuk bergerak bebas di luar, perkembangan mereka akhirnya membina kompleks  besar 8 tingkat. Terdapat beratus-ratus bilik memotong batu yang berfungsi untuk bilik simpanan makanan, gereja, tempat tinggal, dan sebagainya.



Gambar sumber dari Hurriyet Daily News dicapai dari https://www.hurriyetdailynews.com/gobeklitepe-showed-in-nat-geos-2020-must-see-places-list-148907 


5. Göbeklitepe

Göbeklitepe terletak di bandar Sanliurfa. Penemuannya boleh menyebabkan perubahan sejarah manusia. Sanliurfa sendiri terkenal dengan pelbagai sejarah dan merupakan bandar tertua di dunia. Sebelum penemuan Göbeklitepe, sejarah manusia menganggap orang prasejarah telah menjalankan kehidupan berpindah-randah atau nomad kerana kegiatan pertanian dan penternakan. Namun, Göbeklitepe membuktikan bahawa orang-orang yang telah menetap di sana untuk tujuan keagamaan dan mempraktikkan kepercayaan mereka.


Gambar sumber dari Milliyet dicapai dari https://www.milliyet.com.tr/galeri/kayakoy-hassas-alan-listesinde-6161039

6. Kayaköy

Kayaköy adalah sebuah perkampungan Uthmaniyah yang kaya dan kebanyakannya didiami oleh orang Yunani atau Greek. Kampung ini mempunyai zaman kegemilangannya antara abad ke-18 hingga ke-20. Namun, perpindahan penduduk Yunani ke Greece kerana pertukaran populasi antara Turki dan Greece yang merupakan sebahagian dari Konvensyen Lausanne pada tahun 1923. Penyelesaian tersebut menyebabkan kota tersebut berubah kepada bandar hantu (Ghost Town). Bahagian runtuhan dapat dilihat sehingga kini. Populasi di bandar hantu ini semakin bertambah kerana lagun yang terbentuk di Laut Mati, Kayaköy.



Selain sejarah Islam, sejarah Kristian juga dapat dilihat di tanah dua benua ini. Keunikan negara Turki sangat menarik perhatian semua kuasa-kuasa negara luar. Jika anda ingin merancang itenari anda, dan tidak terikat dengan mana-mana pakej itenari, anda boleh klik  di https://www.facebook.com/Tour-A-La-Backpacker-101849024622928


Selamat Tahun Baru dan selamat merancang percutian anda.





Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje