Macam Mana Nak Mengatasi Rasa Bersendirian Ketika Melancong

 


Turki merupakan negara pertama dalam pengembaraan melancong ke luar negara. Mengembara ke luar negara merupakan salah satu cita-cita saya dalam melihat dan mengkaji perbezaan budaya, agama dan bangsa.

Pengembaraan saya menjadi suatu perjalanan hidup yang bermakna dan suatu kenangan yang tidak akan dilupakan. Psikologi manusia menjadi tarikan utama saya dalam mengadaptasi budaya yang berbeza dengan budaya asal saya. Penduduk tempatan sangat mengalu-alukan kehadiran tetamu jauh dan menjamu dengan pelbagai makanan dengan seribu satu soal jawab. 

Walaupun kebanyakan mereka tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik, mereka cuba untuk berkomunikasi untuk memastikan mesej dapat difahami dan disampaikan. Mengingatkan kembali situasi pertama kali saya di Turki adalah sangat menggelikan hati. Gelagatnya seperti ayam dan itik! Kadang-kadang mereka menjerit-jerit dalam walaupun dalam percakapan biasa. Masalahnya, saya bukan pekak tapi tidak faham akan kata-kata yang dimaksudkan. Jika mereka meninggi suara atau menjerit, itu juga bukan bermaksud mereka marah atau hendak bergaduh. Itu adalah perkara BIASA dalam komunikasi harian mereka.


Di Turki, saya banyak berjalan di sekitar-sekitar jalan yang sempit, tempat tarikan pelancong dalam beberapa bandar di Turki, kawasan bersejarah, keindahan alam yang berbeza dengan cuaca Tropik di Malaysia.

Namun begitu, keindahan yang dinikmati adalah sementara. Saya rasa bersendirian dalam kota yang berlainan bangsa, agama, budaya dan bahasa.

Saya rasa sunyi.

Permulaan saya sibuk dalam menyelesaikan tesis dan kerja. Kemudian, saya mula menyedari satu-satunya sebab saya bersendirian adalah kerana ketakutan dalam diri. Ketakutan dengan perbezaan kehidupan sekitar.

Ramai yang bertanya, jika berjalan sendiri bermakna, jauh dari keluarga dan saudara mara di Malaysia. Sukar untuk mendapatkan pertolongan atau mungkin menjadi mangsa penipuan!

Ya betul. Saya mengambil kira semua aspek. Namun bagi memikirkan semua itu adakah anda perlu berkurung dalam rumah? Oleh itu, anda perlu bersedia untuk menerima risiko dan segala kemungkinan tanpa perlu rasa takut atau menyesal. Kepercayaan yang kuat kepada Allah yang satu menjadikan psikologi saya lebih mudah dalam menjalani kehidupan dalam negara asing.

Pasang niat yang betul. Percaya akan kebolehan diri dan jangan berputus asa dalam segala masalah yang berlaku.


Selamat Melancong!



Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje