Apakah perbezaan makna NAZAR di Malaysia dan Turki?

Salah satu pokok yang menjadi tempat berdoa untuk memohon perlindungan atau kebaikan kepada pemiliknya dengan berniatkan pada bentuk nazar dan digantung pada pokok yang terletak di Kapadokya.



Dalam masyarakat Islam di Malaysia, nazar ialah suatu janji yang diniatkan kepada Allah setelah mendapatkan atau mencapai sesuatu tujuan. Tetapi berbeza dengan masyarakat Islam di Turki, mereka mempercayai nazar ialah 'evil eyes' (mata jahat) yang boleh menyebabkan keburukan kepada orang lain.

Masyarakat Turki percaya mata jahat ini boleh terjadi apabila seseorang melihat sesuatu dengan perasaan iri hati atau dengki. Tanpa mengucap kalimah Masya-Allah, mereka mempercayai keburukan boleh berlaku ke atas orang yang dilihat. 




Sebagai contoh, melihat seorang bayi yang comel. Jika seseorang tidak menyebut Masya-Allah, dan sering memuji-muji kecomelan atau kebijakan bayi tersebut, maka bayi tersebut mungkin akan jatuh sakit atau mengalami keburukan lain.


simbol nazar.


Walaupun konsep mata jahat kebanyakannya berkaitan dengan mata dan pandangan, yang mempunyai kesan yang merosakkan disertai dengan perasaan cemburu, kata-kata kekaguman dan pujian bagi apa-apa benda atau benda hidup juga dilihat dalam ruang lingkup mata jahat dari segi kesannya.


Simbol nazar diletakkan pada palang masuk bagi mengelakkan mata jahat ke atas perniagaan mereka.


Permulaan kepercayaan ini, yang berlaku pada masa lalu dan hari ini, dalam geografi luas yang meliputi budaya Sumeria, Babilonia, Mesir, Yunani dan Rom kuno, serta suku Semit, Parsi, India dan pelbagai di Eropah.

Orang Turki percaya akan simbol bulat bewarna biru, putih dan kuning ini dapat menghalang mata jahat berlaku ke atas pemiliknya.



https://nexus.syndicmarketing.com/scripts/25nzc7y?a_aid=61385b552f26e&a_bid=74b3682b






 

Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje