Posts

Hibah Sebelum Melancong

Image
Pentingnya hibah sebelum anda melancong kemana-mana.  Pada yang tidak mengetahui apa itu hibah? Ianya bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan, ia juga bermaksud hadiah yang diberikan oleh seseorang kepada orang yang lain secara sukarela ketika dia masih hidup. Saat kita sedang leka melancong, tanpa diduga apa sahaja boleh berlaku pada diri kita ketika berada di luar negara. Apa itu hibah takaful dan manfaatnya? Berikut adalah 4 manfaat tersebut: 1. Penggantian pendapatan 2. Penyelesaian hutang 3. Penerima mutlak 4. Proses yang mudah 5. Dana pendidikan anak Kesimpulannya, hibah takaful memainkan peranan yang amat penting bagi melindungi waris anda apabila kehilangan anda, lebih-lebih lagi jika anda adalah pencari nafkah tunggal dalam keluarga. Jika anda belum melantik penama bagi pelan takaful anda, lakukanlah segera. Pastikan penama adalah penerima dan bukannya wasi, kerana wasi bukan penerima mutlak, manfaat masih perlu diagihkan mengi

Malaysia-Turki: PCR test? Kuarantin? Boleh ke Nak Travel?

Image
Artikel kali ini ingin saya kongsikan tentang perjalanan balik kami dari Turki ke Malaysia pada Januari 2022. Pelbagai permohonan perlu dibuat sebelum balik ke Malaysia. Ya betul dan sangat memeningkan. Sejak wabak korona yang menyerang dunia, banyak negara-negara di dunia mengambil langkah dengan menutup sempadan antarabangsa negara mereka dan tidak membenarkan sebarang perjalanan keluar dan masuk. Keadaan ini menyebabkan banyak urusan harian dunia tergendala dan ekonomi negara terganggu. Bagi mereka yang berkahwin campur pula, turut menerima kesan dari psikologi apabila tidak dapat bertemu dengan pasangan dan ahli keluarga mereka pada musim pandemik ini.  Secara peribadinya, saya ingin mengkongsikan perjalanan pulang saya sebagai rakyat Malaysia dengan suami dan anak yang bukan warganegara Malaysia. Berikut adalah turutan permohonan yang kami buat sebelum pulang ke Malaysia. 1. Memohon My Travel Pass dari Jabatan Immigresen Malaysia ( https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main ) . Ranc

Pelancongan Hartanah di Turki

Image
Kejatuhan nila Turkish Lira yang teruk telah menyebabkan pelbagai desakan ekonomi dalam negara Turki. Namun, tidak bagi rakyat Malaysia, nilai ringgit adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan nilai Turkish Lira. Gambar: Nilai mata wang ini di kemas kini pada 16 Februari 2022 dari xe.com (currency converter) Ramai rakyat Malaysia yang sedar akan turun naik ekonomi di negara dua benua ini mula celik mata dalam mencari pelaburan hartanah. Negara Turki yang terkenal dengan sektor perlancongannya, bukan sahaja menjadi tarikan disebabkan suasana alam yang indah, binaan sejarah-sejarah lama, dan sebagainya, malah turut menjadi pelancongan hartanah kepada rakyat warga asing. Walaupun begitu, saya ingin menasihatkan agar rakyat Malaysia berhati-hati dalam berurusan dengan pembelian tanah ataupun rumah di Turki. Negara ini juga tidak terlepas dengan kegiatan scammer yang boleh menipu warga asing.  Nota: Penulis adalah warga Malaysia yang menetap di Turki. Sebarang pertanyaan, boleh ber

Kejatuhan Turkish Lira Yang Teruk Dalam Sejarah

Image
Inflasi yang berlaku di Turki menghampiri 20% dengan populasi negara kira-kira 85 juta. Penurunan nilai yang dramatik daripada paras pertengahan 2017 sehingga kini.  Situasi Turki yang mempunyai ketegangan geopolitik dengan Barat, defisit akaun semasa, rizab mata wang yang mengecil, hutang yang meningkat telah memburukkan lagi mata wang Lira Turki. Presiden negara Turki iaitu Erdogan yang telah menyifatkan 'interest' sebagai musuh dalam ekonomi telah menegaskan keadaan sebenarnya bahawa ia lebih memburukkan inflasi yang berlaku di Turki. Beliau turut memecat pegawai Bank Pusat kerana perbezaan dasar. Namun, pengumuman presiden negara itu, dengan menggalakkan rakyat atau orang awam untuk terus menyimpan mata wang lira di bank tempatan akan menerima faedah daripada beliau. Pengumuman ini telah menurunkan nilai dollar kepada lira dan akan kita lihat apa yang akan berlaku selepas tahun baru nanti.

LAWATAN MAYA dalam Turki!

Image
Terdapat beberapa laman web dan program baru yang disesuaikan untuk mengisi waktu kebosanan dalam pandemik virus Covid-19. Manusia tidak dapat menjalankan aktiviti melancong seperti waktu sebelum wabak korona berlaku. Melancong pula, merupakan salah satu aktiviti utama yang menjadi aktiviti riadah dan berehat dalam masyarakat dunia. Oleh itu, beberapa inisiatif dalam bidang teknologi telah diusahakan bagi memudahkan kehidupan manusia dan kita masih boleh menjalani rutin harian kehidupan seperti sebelumnya. Namun, dalam artikel ini saya ingin berkongsikan lawatan maya yang menjadi salah satu kemudahan pelancongan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan berada dalam tempoh kawalan pergerakan bagi situasi wabak Covid-19. Dari laman web yang menawarkan lawatan maya dari seluruh negara ini, ia dapat memastikan kehidupan dan penemuan dalam bidang sejarah terutamanya untuk terus berkembang maju. Pengembaraan ke muzium maya Turki telah ditubuhkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan T

Internet Dalam Turki

Image
Bila dah sampai ke sesebuah destinasi pelancongan, anda mesti memerlukan internet untuk terus berkongsi pengalaman anda di sosial media. Ini merupakan trend masa kini untuk berkongsi pengalaman, keadaan semasa bagi keselematan diri mahupun menunjuk-nunjuk! Bila sampai ke tempat yang baru, anda akan rasa terlalu gembira dengan suasana yang lain daripada yang lain dan internet adalah perkara utama diperlukan dalam melancong di negara asing.                           Terdapat beberapa syarikat talian komunikasi di Turki, Turkcell, Vodafone, Turk Telekom dan Bim cell. semuanya menawarkan pakej panggilan, internet dan mesej yang lebih kurang sama. Saya secara peribadinya menggunakan telekomunikasi Bim cell yang berharga 85 TL tidak termasuk kredit yang perlu di bayar. Terdapat beberapa pakej internet, pesanan mesej, dan panggilan tempatan. Tawaran pakej syarikat telekomunikasi Bim Cell. Sememangnya harga pakej yang dipilih akan turun lebih murah bergantung keperluan internet yang diperlukan

BAZAR Di Bandar Bursa Turki

Image
Bursa merupakan sebuah bandar yang terletak di sebelah barat Turki. Bursa juga merupakan sebuah bandar yang pernah menjadi ibu negara Turki selepas Istanbul. Mustafa Kemal Atarturk kemudian memilih Ankara sebagai sebuah bandar yang strategik kerana terletak di tengah-tengah Turki selain mengelakkan kepesatan yang berlaku di Istanbul. Apa yang menarik di bandar Bursa antaranya ialah Bazar Bursa. Bagi orang tempatan Bursa, mereka kenali nama tempat bazarnya ialah Koza Han. Di mana, jika anda berjalan dalam sekitar Koza Han ini, anda akan menemui pelbagai jenis corak tudung seperti dalam gambar yang dikongsikan di bawah.