Internet Dalam Turki
Bila dah sampai ke sesebuah destinasi pelancongan, anda mesti memerlukan internet untuk terus berkongsi pengalaman anda di sosial media. Ini merupakan trend masa kini untuk berkongsi pengalaman, keadaan semasa bagi keselematan diri mahupun menunjuk-nunjuk!
Bila sampai ke tempat yang baru, anda akan rasa terlalu gembira dengan suasana yang lain daripada yang lain dan internet adalah perkara utama diperlukan dalam melancong di negara asing.
Terdapat beberapa syarikat talian komunikasi di Turki, Turkcell, Vodafone, Turk Telekom dan Bim cell. semuanya menawarkan pakej panggilan, internet dan mesej yang lebih kurang sama.
Saya secara peribadinya menggunakan telekomunikasi Bim cell yang berharga 85 TL tidak termasuk kredit yang perlu di bayar. Terdapat beberapa pakej internet, pesanan mesej, dan panggilan tempatan.
Tawaran pakej syarikat telekomunikasi Bim Cell. |
Sememangnya harga pakej yang dipilih akan turun lebih murah bergantung keperluan internet yang diperlukan. Perlu diingatkan, telefon dari negara luar mempunyai had penggunaan selama 120 hari. Lebih dari waktu tersebut anda perlu mendaftar telefon anda kepada pihak berkuasa tempatan dan membayar tax berdasarkan jenis telefon.
Comments
Post a Comment