Takut ke Turki Disebabkan Siccin?

Siccin merupakan salah satu filem seram Turki yang menjadi tarikan ramai kepada peminat cerita seram. Tetapi apa itu siccin?

Siccin atau dibaca dalam bahasa Melayu Sijjin adalah kalimah yang diambil dalam surah Al-Mutaffifiin. Sijjin adalah kitab yang mencatatkan segala perbuatan dosa dan derhaka. Dalam surah ini juga turut menyebut Illiyin iaitu kitab yang mencatatkan perbuatan baik.




Perkataan sijjin juga dikatakan mempunyai makna yang berbeza dari beberapa sarjana mengenai asal usul perkataan tersebut. Sementara itu, beberapa sarjana termasuk Abdullah Abbas telah mengatakan bahawa Sijjin adalah lapisa bumi yang paling rendah. Manakala dalam Riwayat Ibn Azib, Rasulullah SAW bersabda, "tujuh lapisan berada di lapisan paling bawah bumi". Juga dicatatkan bahawa, Sijjin merupakan tempat duduk syaitan, jin dan mereka yang mengikuti jalan mereka. Bagi perbuatan mereka yang melakukan sihir atau menggunakan jin dalam perbuatan mereka adalah satu perbuatan yang dilaknat Allah.



Bagi filem seram Siccin ini, cerita-cerita yang ditayangkan berkisarkan dosa-dosa, khianat, dengki dan perbuatan jahat yang menjadikan kisah dalam masyarakat di Turki. Kesekularisasi yang berlaku dalam Turki, mengganggap siccin bukan suatu perkara yang benar. Namun, terdapat juga segelintir masyarakatnya yang mempercayai akan siccin dan mengamalkan ilmu yang salah ini.


Sekiranya anda memahami maksud perkataan Siccin, maka anda dapat membahas dan memahami isu-isu yang ditayangkan dalam filem ini mengenai Siccin. Filem ini menceritakan peristiwa buruk yang berlaku kepada orang yang menggunakan jin dan mempunyai hati yang buruk. Biasanya, 3-4 orang berkumpul dan membuat sihir berlaku kepada keluarga atau orang yang tidak mereka sukai, dengan menggunakan orang jahat. Kemudian, orang yang menerima sihir tersebut akan berasa terganggu dan dibunuh oleh jin yang dipuja.



Walaubagaimanapun, jika anda telah menonton filem seram Siccin, jangan takut untuk menjejakkan kaki anda ke bumi Turki. 

Anda boleh klik di link ini https://www.facebook.com/Tour-A-La-Backpacker-101849024622928/?ref=pages_you_manage untuk membuat tempahan lawatan ke Turki secara backpacker dengan harga yang berpatutan.

 





Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje