Selamat Ke Nak Datang Turki?
Walaupun, negara Turki mempunyai pergolakan politik dalaman yang agresif, namun negara ini masih boleh dikatakan masih aman berbanding dengan negara jirannya. Turki secara umumnya adalah selamat untuk para pelancong terutama di kawasan bandar-bandar besar seperti Istanbul. Orang awam adalah sangat ramah terutama di sebelah Timur Turki.
Walaubagaimanapun, jika anda mengunjungi bandar-bandar pelancongan seperti Istanbul, Ankara, Bursa dan sebagainya adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan barangan anda sentiasa di sisi anda setiap masa. Penyeluk saku atau ragut masih boleh berlaku di kawasan-kawasan bandar terutama di kawasan yang sesak. Jadi pastikan anda menyimpan barang-barang anda di tempat yang selamat.
Anda juga akan mendapati negara Turki mempunyai penduduk tempatan yang sangat mesra dan selamat di sepanjang perjalanan anda. Walaupun mereka tidak boleh berbahasa asing dengan baik, namun mereka cuba untuk membantu anda sebaik mungkin.
Comments
Post a Comment