LAWATAN MAYA dalam Turki!

Terdapat beberapa laman web dan program baru yang disesuaikan untuk mengisi waktu kebosanan dalam pandemik virus Covid-19. Manusia tidak dapat menjalankan aktiviti melancong seperti waktu sebelum wabak korona berlaku. Melancong pula, merupakan salah satu aktiviti utama yang menjadi aktiviti riadah dan berehat dalam masyarakat dunia.


Oleh itu, beberapa inisiatif dalam bidang teknologi telah diusahakan bagi memudahkan kehidupan manusia dan kita masih boleh menjalani rutin harian kehidupan seperti sebelumnya. Namun, dalam artikel ini saya ingin berkongsikan lawatan maya yang menjadi salah satu kemudahan pelancongan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan berada dalam tempoh kawalan pergerakan bagi situasi wabak Covid-19. Dari laman web yang menawarkan lawatan maya dari seluruh negara ini, ia dapat memastikan kehidupan dan penemuan dalam bidang sejarah terutamanya untuk terus berkembang maju.



Pengembaraan ke muzium maya Turki telah ditubuhkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki bagi membolehkan pelawat untuk melihat warisan budaya dan keindahan alam yang ada di dalam Turki. 


Lawatan maya juga menwarkan beberapa tempat seperti kawasan lembah, Istana Topkapi, Dolmabahce, Muzium Antalya dan banyak lagi.


Anda boleh klik link di bawah untuk lawatan maya ke kawasan lembah Ihlara yang terletak di Aksaray, Turki. Terdapat sungai, dan peninggalan gereja lama yang dapat dilihat dalam kawasan lembah ini.

https://fromhome.turkishmuseums.com/museums/aksaray-ihlara/


Anda juga boleh klik link ini untuk lawatan maya ke beberapa kawasan muzium yang terkenal dan bersejarah di Turki. 

https://fromhome.turkishmuseums.com/virtual-museums/


*Untuk pemandangan yang lebih baik, anda boleh buka link dengan menggunakan komputer.







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje