Aşure? Apa Itu dan Macam Mana Nak Sebut ya?
Puding atau bubur Aşure atau dalam bahasa Melayu disebut Asyura adalah bubur pencuci mulut yang dibuat dengan campuran kekacang, biji-bijian, buah-buahan kering dan segar.
Di Turki, puding Asyura dibuat dalam bulan Muharram dalam satu periuk besar dan diagihkan kepada kawasan kejiranan mereka. Hari ke-10 Muharram dikenali sebagai Hari Ashura.
Asyura secara tradisi dibuat dan dimakan dalam musim sejuk kerana kandungannya yang mempunyai kalori dan protein yang tinggi.
Resepi Bubur Asyura:
500g barli (3 cawan)
3 sudu makan beras
1 cawan kacang kuda
1 cawan kacang soya
200 g aprikot kering
200 g kismis
1 cawan kacang hazel
3 liter air
2 cawan susu
4 cawan gula pasir
seperempat sudu teh garam
setengah gelas air cengkih (saya merebus 1 sudu teh cengkeh dan mengambil airnya sahaja)
Untuk hiasan di atas bubur:
25 g hazelnut
25 g kismis
100 g walnut
1 biji delima
serbuk kayu manis
Comments
Post a Comment