Cantiknya Laut Aegean Dari Tanah Turki


Hasil carian imej untuk didim apollon

Laut Aegean merupakan sebahagian daripada Laut Mediteranean. Laut ini terletak antara Semenanjung Balkan dan Anatolia, iaitu antara Tanah besar Yunan dan Turki. Ia bersambung kepada Laut Marmara dan Laut Hitam oleh Selat Dardanelles dan Bosphorus. Laut Aegean boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Wilayah atau bandar di Turki seperti Edirne, Çanakkale, Balıkesir, Izmir, Aydın dan Timur Muğla merupakan bersebelah dengan Laut Aegean. Laut Aegean juga telah disepadankan dengan Negara Greece di mana terdapat beberapa pulau berdekatannya adalah di bawah pentadbiran Yunani.

Laut Aegean merupakan sejarah terpenting di dunia, terutama berkaitan dengan peradaban Yunani Kuno di mana terdapat beberapa tempat di persisiran pantai Aegean dan kepulauannya yang pernah didiami oleh manusia dahulu. Empayar Rom yang pernah berkuasa pada masa itu telah di ambil alih oleh Empayar Byzantine. Kemudian berlakunya perang salib keempat yang menjadikan Empayar Byzantine lemah dan ditakluki oleh Empayar uthmaniyah dan sehingga kini di bawah pentadbiran Republik Turki.

Beberapa isu mengenai kedaulatan di Laut Aegean dipertikaikan antara Greece dan Turki. Pertikaian Aegean telah memberi pengaruh besar pada hubungan Yunani-Turki sejak tahun 1970-an. Isu termasuk peruntukan perairan teritorial, ruang udara negara, zon ekonomi eksklusif dan kawasan maklumat penerbangan.






Didim pula merupakan sebuah daerah yang diwujudkan pada 1991. Disempadani oleh wilayah Muğla dan Teluk Timur Akbük, Selatan dan Barat Laut Aegean, tasik Bafa di utara serta Utara Sungai Menderes. Semasa Empayar Uthmaniyah, wilayah ini dikenali sebagai Yeronda-Yoran. Selepas gempa bumi yang berlaku pada 1955, Yoran yang pada masa itu dikenali sebagai Hisar telah ditukarkan kepada Yenihisar. Pertukaran nama yang hampir sama itu sekali lagi telah diperbaharui dengan Didymaion dan sehingga kini dikenal dengan Didim.





Didim juga telah menjadi antara salah satu pusat pelancongan terkenal di dunia. Selain lokasinya yang telah menyaksikan tamadun-tamadun lama sebagai bukti dalam sejarah dan merupakan tempat yang penting dari segi geopolitik. Jika anda berkesempatan ke sini, anda boleh lihat kewujudan kuil-kui lama yang dipanggil Kuil Apollo yang menjadi pemujaan pada abad tersebut dan kini hanyalah serpihan batu-batu lama dan sebahagiannya dijadikan muzium dan pusat kajian arkeoloji.














Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje