Tips Beli Tiket Flight Murah



Kebelakangan ini banyak rakyat Malaysia yang suka keluar melancong ke luar negara. Geografi yang berbeza dengan negara kita menjadi tarikan orang kita untuk melihat keindahan negara luar. Namun masih ramai yang tak tahu bagaimana nak beli tiket flight yang paling murah. Jadi, saya akan kongsikan beberapa tips bagaimana nak dapatkan tiket flight yang paling murah.

1. Tempah Tiket Awal
Berdasarkan pengalaman saya anda dinasihatkan tempah tiket sekurang-kurangnya sebulan lebih awal. Biasanya, syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem mereka kuota penerbangan tiket yang murah.

2. Tempah Hari Selasa atau Rabu
Hari Selasa dan Rabu biasanya menjadi hari harga tiket yang termurah dalam menempah tiket penerbangan. Ini juga antara taktik syarikat penerbangan yang mana mereka tahu kebanyakan orang akan menempah tiket pada hari minggu. Namun, pengalaman peribadi saya sendiri,adakalanya syarikat penerbangan ini memberi harga tiket murah pada hari minggu juga.

3. Subscribe Syarikat Penerbangan
Saya cadangkan anda subscribe syarikat penerbangan yang ada kerana mereka akan mengkongsikan maklumat promosi terus kepada email anda. Kadang-kadang kita rasa lemas dengan mesej yang kita rasa tak penting masuk ke dalam emel kita. Jadi, terpulang kepada anda yang kuat berjalan di luar sana tu. Subscribe demi tiket murah!.



4. Daftar Ahli dengan Syarikat Penerbangan
Jangan lupa untuk daftar sebagai ahli! Daftar sahaja melalui website syarikat penerbangan tersebut secara terus. Tak kena bayar pun.Percuma. Bila anda daftar sebagai ahli dan menempah tiket penerbangan untuk ke destinasi yang dipilih, anda secara tak langsung akan mengumpulkan mata perjalanan (miles). Dengan miles ini, anda boleh tebus untuk penempahan tiket percuma, diskaun, atau servis first class.

5.Buang 'Cookies'
Apa itu cookies? Bukan cookies biskut ya. Cookies ini yang keluar automatik dekat website browser anda. Anda boleh tekankan tak nak atau delete cookies. Cookies inilah yang bertindak macam spy dengan pencarian anda dalam google tu. Contohnya, anda semak tiket penerbangan ke Turki dengan harga RM2500. Esoknya anda lihat harga tiket masih sama, padahal mereka ada lagi kuota tiket yang harga lebih murah. Ataupun harga tiket sama sahaja. Paling teruk, makin naik lagi ada! Jadi, inilah fungsi si cookies ni tadi, rasa nak celupkan aje dengan air milo.

6.Perbandingan Harga
Anda boleh membandingkan harga tiket dengan syarikat penerbangan mana yang paling murah. Tak perlu semak satu persatu website penerbangan yang anda. antara website yang ada seperti di bawah,

  • Skyscanner.com
  • Orbitz.com
  • expedia.com
  • cheapflight
Mereka akan keluarkan harga tiket penerbangan dan anda boleh filter dekat website tersebut untuk melihat senarai harga tiket termurah. Anda boleh terus buat tempahan ke website tersebut atau seperti saya, saya akan terus menempah ke website penerbangan tersebut secara langsung. saya cuma gunakan skyscanner atau yang lain-lain di atas untuk buat banding beza sahaja. Kalau ada apa-apa masalah, saya boleh rujuk atau complaint terus ke syarikat penerbangan tersebut. 

7. Cari Tour A La Backpacker 😻
Jangan lupa kalau ke Turki, boleh tempah dengan Tour A La Backpacker dengan saya. Insyaallah saya akan berikan bajet dan khidmat yang terbaik untuk anda.
https://www.facebook.com/Tour-A-La-Backpacker-101849024622928/?modal=admin_todo_tour


















Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje