Posts

Showing posts from March, 2020

Turki dan Budaya Guna 'Cologne"

Image
Jika anda menetap di Turki, anda akan tahu, tentang 'Cologne' Turki yang di panggil 'Kolonya' dalam bahasa Turki. Peggunaan cologne dalam masyarakat Turki menjadi popular sejak era Uthmaniyah. Masyarakat Turki menggunakannya untuk tetamu yang hadir ke rumah dan juga di kedai-kedai makan luar. Ia bertujuan mengelakkan bakteria dan memberi aroma yang menyegarkan untuk para tetamu dan tuan rumah sendiri. Penggunaan cologne menjadi suatu adat dalam budaya Turki. Jika anda melawat ke rumah orang Turki, anda akan dapati cologne menjadi suatu perkara yang wajib mesti ada dalam rumah mereka. Mereka akan menuangkan ke tapak tangan tetamu yang datang sebelum memulakan perbualan. Terdapat pelbagai jenis cologne Turki yang dijual seperti cologne lemon, lavender, oren dan sebagainya. Antara yang menjadi pilihan utama orang Turki ialah 'Limon Kolonyasi' atau 'Cologne Lemon'. Sejak isu Corona Virus yang menjadi pandemik kepada masyarakat dunia, kol

Keindahan Tasik Semula Jadi Gölcük Bolu

Image
Pada hujung minggu, semua orang membuat rancangan untuk melarikan diri dari bandar. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini,  tasik semula jadi Gölcük Bolu telah menjadi salah satu laluan melarikan diri dari kesibukan bandaraya. Tempat rekreasi semula jadi, yang jauh dari kesesakan bandar metropolitan menjadi pilihan sebagai tempat untuk menenangkan diri. Suara alam semula jadi seperti kehijauan pokok-pokok hutan, kicauan burung, tupai yang melompat dari dahan ke dahan menjadi televisyen kepada mata anda. Bagaimana anda boleh sampai ke Tasik Gölcük Bolu? Anda disarankan untuk menaiki kereta sewa bagi memudahkan perjalanan anda. Perjalanan dari bandar Bolu ke tasik ini mengambil masa dalam 20 minit dengan menaiki kereta. Anda boleh berjalan kaki di sekeliling tasik yang mempunyai panjang pantainya 1300 meter. Laluan ini juga ditambah dengan laluan basikal dan pejalan kaki yang dibina oleh kerajaan setempat bagi memudahkan orang awam. Tempat ini juga sesuai sebagai tempat perke

This is Cappadocia

Manisan Dari Tanah Uthmaniyah

Image
Baklava merupakan manisan tradisional utama di Turki. Setiap sambutan perayaan Islam di Turki, Baklava merupakan pilihan manisan yang dijamukan kepada para tetamu yang datang berziarah. Tiada sumber yang sahih tentang asal usul baklava ini. Kebanyakan negara-negara di Timur Tengah mempunyai baklava mereka sendiri. Ada yang menuntut bahawa baklava berasal dari negara Iraq, Lubnan, Jordan dan sebagainya. Begitu juga dengan Turki yang tidak ketinggalan dengan baklava mereka sendiri. Pendapat peribadi saya, jajahan empayar Uthmaniyah yang luas dan masyhur pada suatu masa dahulu menjadikan budaya mereka tidak jauh beza malah banyak persamaan seperti manisan baklava ini. Proses membuat baklava ini adalah sangat rumit, terutama dalam menghasilkan lapisan filo yang digunakan bagi setiap lapis. Setiap baklava mengandungi lebih kurang 30 lapis filo! Namun di Turki, anda boleh mendapati filo yang dijual segera bagi memudahkan pembuatan baklava. Kemudian, anda akan meletakkan kacang pili