Manisan Dari Tanah Uthmaniyah



Baklava merupakan manisan tradisional utama di Turki. Setiap sambutan perayaan Islam di Turki, Baklava merupakan pilihan manisan yang dijamukan kepada para tetamu yang datang berziarah.

Tiada sumber yang sahih tentang asal usul baklava ini. Kebanyakan negara-negara di Timur Tengah mempunyai baklava mereka sendiri. Ada yang menuntut bahawa baklava berasal dari negara Iraq, Lubnan, Jordan dan sebagainya. Begitu juga dengan Turki yang tidak ketinggalan dengan baklava mereka sendiri. Pendapat peribadi saya, jajahan empayar Uthmaniyah yang luas dan masyhur pada suatu masa dahulu menjadikan budaya mereka tidak jauh beza malah banyak persamaan seperti manisan baklava ini.





Proses membuat baklava ini adalah sangat rumit, terutama dalam menghasilkan lapisan filo yang digunakan bagi setiap lapis. Setiap baklava mengandungi lebih kurang 30 lapis filo! Namun di Turki, anda boleh mendapati filo yang dijual segera bagi memudahkan pembuatan baklava. Kemudian, anda akan meletakkan kacang pilihan anda seperti kacang walnut atau pistachio. Seterusnya, baklava yang telah dibakar, akan dituangkan air gula yang dipanggil air sharbat yang mana air gula ini ada sedikit perahan lemon dan dituang sekata ke atas keseluruhan baklava tersebut.





   Selain baklava, anda boleh dapati pelbagai jenis manisan lain seperti kek, lokum, lokma dan sebagainya yang menjadi tarikan dari segi hiasan dan penghasilannya.

Jika anda ke Turki, jangan lupa mencuba manisan di negara Uthmaniyah ini.













Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje