Turki dan Budaya Guna 'Cologne"
Peggunaan cologne dalam masyarakat Turki menjadi popular sejak era Uthmaniyah. Masyarakat Turki menggunakannya
untuk tetamu yang hadir ke rumah dan juga di kedai-kedai makan luar. Ia bertujuan mengelakkan bakteria dan memberi
aroma yang menyegarkan untuk para tetamu dan tuan rumah sendiri.
Penggunaan cologne menjadi suatu adat dalam budaya Turki. Jika anda melawat ke rumah orang Turki,
anda akan dapati cologne menjadi suatu perkara yang wajib mesti ada dalam rumah mereka. Mereka akan menuangkan ke tapak tangan
tetamu yang datang sebelum memulakan perbualan.
Terdapat pelbagai jenis cologne Turki yang dijual seperti cologne lemon, lavender, oren dan sebagainya. Antara yang menjadi pilihan utama orang Turki ialah 'Limon Kolonyasi' atau 'Cologne Lemon'.
Sejak isu Corona Virus yang menjadi pandemik kepada masyarakat dunia, kolonya yang ada telah habis dijual. Kolonya bukan
sekadar budaya untuk tetamu yang hadir ke rumah, malah menjadi teman ke mana sahaja.
Kita masyarakat Malaysia, boleh mengambil budaya ini sebagai amalan dalam budaya kita. Jaga kebersihan dan elakkan kekotoran!
Comments
Post a Comment