Elak "Scammer" Ketika Melancong
Apa itu "scammer"? "Scammer" adalah istilah bahasa Inggeris yang telah menjadi perkataan kebiasaan kepada kita semua. "Scammer" dalam bahasa Melayu bermaksud penipu. Ya, penipu yang mempergunakan orang lain dengan menipu dalam baik. Kita tidak terlepas dari penipu ini, sama ada dalam negara atau luar negara. Ciri-Ciri "Scammer" Scammer ini kebiasaannya cuba mendekati pelancong dari luar dengan membuat tawaran pelancongan, aktiviti, atau cubaan untuk berkenalan. Pelbagai cara yang digunakan oleh scammer ini untuk mendapatkan wang dari pelancong. Berikut adalah senarai yang kita boleh lihat sebagai ciri-ciri scammer. Menyamar seperti orang baik untuk berkenalan. Mempergunakan agama dengan meminta sedekah. Mempergunakan anak kecil dan duduk di tepi jalan sambil makan sampah atau meminta sedekah. Berpura-pura kehilangan duit. Berpura-pura dalam keadaan sakit kritikal. Cubaan untuk berkenalan dengan meminta nombor telefon. Pemandu teksi membawa anda ...
Comments
Post a Comment