Keindahan Tasik Semula Jadi Gölcük Bolu



Pada hujung minggu, semua orang membuat rancangan untuk melarikan diri dari bandar. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini,  tasik semula jadi Gölcük Bolu telah menjadi salah satu laluan melarikan diri dari kesibukan bandaraya.

Tempat rekreasi semula jadi, yang jauh dari kesesakan bandar metropolitan menjadi pilihan sebagai tempat untuk menenangkan diri. Suara alam semula jadi seperti kehijauan pokok-pokok hutan, kicauan burung, tupai yang melompat dari dahan ke dahan menjadi televisyen kepada mata anda.

Bagaimana anda boleh sampai ke Tasik Gölcük Bolu?
Anda disarankan untuk menaiki kereta sewa bagi memudahkan perjalanan anda. Perjalanan dari bandar Bolu ke tasik ini mengambil masa dalam 20 minit dengan menaiki kereta.

Anda boleh berjalan kaki di sekeliling tasik yang mempunyai panjang pantainya 1300 meter. Laluan ini juga ditambah dengan laluan basikal dan pejalan kaki yang dibina oleh kerajaan setempat bagi memudahkan orang awam.


Tempat ini juga sesuai sebagai tempat perkelahan dan aktiviti riadah keluarga. Terdapat kemudahan- kemudahan seperti kedai, restoran, dan banglo yang boleh disewa. Anda juga boleh memancing di tasik ini. Selain daripada itu, bagi jurugambar profesional yang gemar mengambil gambar semula jadi, tempat ini adalah antara yang tercantik sebagai simpanan memori anda.
























Comments

Popular posts from this blog

Tips beli rumah di Turki!

Pelancongan Hartanah di Turki

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje