Posts

Showing posts from 2020

Cuba Tanya Diri Kenapa Nak Travel?

Image
Kehidupan kita selalu sibuk mengejar duit. Ya, duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit untuk hidup. Manusia bertungkus-lumus bekerja siang malam untuk mendapatkan gaji yang penuh pada hujung bulan. Belum lagi diambil kira yang bekerja tetap atau sementara. Selain isu pekerjaan, isu kekeluargaan juga antara tekanan yang diterima manusia. Cabaran kehidupan menjadikan manusia tertekan dalam kehidupan.  Oleh itu, travel merupakan suatu cara manusia melarikan diri dari tekanan atau situasi rutin yang dihadapi setiap hari. Ada juga antara anda semua, yang sememangnya mencari kelainan dari tempat kebiasaan anda.  Setiap manusia di uji dengan cara hidup yang berbeza.  Ditambah pula pandemik Covid-19 yang menyerang penduduk dunia dalam tahun 2020 ini. Industri pelancongan merupakan industri utama yang terjejas kepada penduduk seluruh dunia. Ketika tempoh pandemik ini, perubahan tingkah laku masyarakat berubah secara mendadak ekoran prosedur operasi standard (sop) dan norma baharu ya

7 Perkara Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara

Image
                                                                           Apabila kita merancang untuk melancong, kita perlu membuat perancangan awal. Pelbagai perkara yng perlu di ambil kira sebelum melancong. Kadang-kadang, berlaku juga kecuaian walau kita fikir, yang kita sudah mengambil kira semua perkara sebelum melancong. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa perkara penting sebelum melancong ke luar negara. 1. Semak Keselamatan Diri Sebagai warganegara Malaysia, anda perlu pastikan Pasport anda tidak kurang dari 6 bulan sebelum melancong ke luar negara. Hal ini, kebanyakan negara tidak menerima kemasukan kurang dari 6 bulan dan anda akan diminta untuk pulang ke negara asal anda. Selain pasport, Insurans juga penting untuk keselamatan diri anda. Pastikan anda mengambil insurans yang boleh mendukung kecederaan anda semasa berada di luar negara. Ada juga kes, di mana rakyat Malaysia cedera semasa melakukan aktiviti lasak di luar negara. Anda boleh semak di Internet atau dengan ma

Air Terjun Di Turki. Tiket Mur Mur Aje

Image
Kali ini saya kongsikan air terjun di Turki.  Sepanjang menetap di Turki, saya telah pergi ke dua jenis air terjun yang terletak di sebelah wilayah Mediteranean iaitu air terjun Kursyun dan air terjun Duden. Berikut adalah sedikit maklumat yang boleh anda masukkan dalam senarai lawatan ke Turki nanti. Air Terjun Kursyun (Kurşunlu Şelalesi) Air terjun ini terletak dalam bandar Antalya. Dari lapangan terbang Istanbul menaiki kereta ke Antalya mengambil masa 8 jam. Anda boleh membuat tempahan dengan Tour A La Backpacker   https://www.facebook.com/Tour-A-La-Backpacker-101849024622928   di mana anda boleh berunding dengan tempat lawatan yang anda inginkan. Bayaran masuk ke air terjun Kursyun adalah 9 TL(Turkish Lira) bersamaan RM5. Harga ini dikemas kini pada Oktober 2020. Anda boleh melihat keindahan alam flora dan fauna dalam kawasan air terjun ini. Anda tidak dibenarkan bermandi-manda di sini. Jadi, tak pelru bawa persiapan baju renang. Mungkin sedikit bekalan makanan boleh di bawa dalam

5 Perkara Anda Boleh Buat Kalau Berlaku Gempa Bumi

Image
Apabila berlaku sesuatu bencana alam, ramai masyarakat tidak tahu apa yang perlu dilakukan selain panik! Jangan panik, tarik nafas, bertenang dan bertindak dengan selamat tetapi pantas. Kita bersyukur sebagai warga Malaysia, negara kita terhindar dari bencana alam seperti gempa bumi. Namun, sedikit sebanyak memberi kesan dari negara yang berdekatan. Pastikan anda celik dengan teknologi dan informasi 'survival technic' yang dapat membantu anda dalam situasi genting. Pertama Sekiranya anda berada dalam Rumah atau Bangunan! Berselindung dalam rumah. Anda boleh berlindung di bawah meja makan, bawah tilam atau dalam almari. Hal ini dapat mengelakkan batu konkrit atau siling rumah yang akan runtuh secara langsung ke atas anda serta mengurangkan momentum yang akan berlaku ke atas anda. Jauhkan dari tingkap, perabot, aksesori, atau tempat api. Jauhkan diri anda dari kawasan dapur. Peralatan dapur mungkin memberi risiko lebih tinggi untuk anda kehilangan nyawa anda. Jangan terus lari k

'Trekking' di Gaung Turki. Ini Benda Yang Korang Boleh Buat!

Image
  Terdapat beberapa gaung di Turki atau dalam bahasa Inggeris di panggil Canyon. Antaranya ialah Saklıkent Canyon, Gökbük Canyon, Valla Canyon, Cehennem Deresi Canyon, Güver Canyon, Lamas Canyon, Göksü Canyon, İnceğiz Canyon, Çatak Canyon dan banyak lagi. Penulisan saya hari ini akan saya kongsikan dua Canyon atau gaung yang telah saya lawati dalam tahun 2020 ini. Saklıkent Canyon (Gaung) Gaung Saklıkent terletak antara wilayah Mugla dan Antalya. Gaung ini terkenal sebagai salah satu pusat pelancongan semulajadi. Jurang yang terdapat dalam gaung adalah 17 kilometer dengan ketinggian dinding batu antara 200 meter hingga 600 meter. Dikatakan juga, antara faktor pembentukan gaung ini adalah dari gempa bumi yang berlaku pada sebelum ini selain hakisan sungai yang berlaku pada suatu tempoh yang lama. Terdapat kafetaria dalam gaung ini yang disediakan oleh kerajaan tempatan. Waktu lawatan adalah dibuka setiap hari dari pukul 09:00 pagi hingga 19:30 petang. Bayaran masuk bagi seorang dewasa i