Posts

Showing posts from 2021

Kejatuhan Turkish Lira Yang Teruk Dalam Sejarah

Image
Inflasi yang berlaku di Turki menghampiri 20% dengan populasi negara kira-kira 85 juta. Penurunan nilai yang dramatik daripada paras pertengahan 2017 sehingga kini.  Situasi Turki yang mempunyai ketegangan geopolitik dengan Barat, defisit akaun semasa, rizab mata wang yang mengecil, hutang yang meningkat telah memburukkan lagi mata wang Lira Turki. Presiden negara Turki iaitu Erdogan yang telah menyifatkan 'interest' sebagai musuh dalam ekonomi telah menegaskan keadaan sebenarnya bahawa ia lebih memburukkan inflasi yang berlaku di Turki. Beliau turut memecat pegawai Bank Pusat kerana perbezaan dasar. Namun, pengumuman presiden negara itu, dengan menggalakkan rakyat atau orang awam untuk terus menyimpan mata wang lira di bank tempatan akan menerima faedah daripada beliau. Pengumuman ini telah menurunkan nilai dollar kepada lira dan akan kita lihat apa yang akan berlaku selepas tahun baru nanti.

LAWATAN MAYA dalam Turki!

Image
Terdapat beberapa laman web dan program baru yang disesuaikan untuk mengisi waktu kebosanan dalam pandemik virus Covid-19. Manusia tidak dapat menjalankan aktiviti melancong seperti waktu sebelum wabak korona berlaku. Melancong pula, merupakan salah satu aktiviti utama yang menjadi aktiviti riadah dan berehat dalam masyarakat dunia. Oleh itu, beberapa inisiatif dalam bidang teknologi telah diusahakan bagi memudahkan kehidupan manusia dan kita masih boleh menjalani rutin harian kehidupan seperti sebelumnya. Namun, dalam artikel ini saya ingin berkongsikan lawatan maya yang menjadi salah satu kemudahan pelancongan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan berada dalam tempoh kawalan pergerakan bagi situasi wabak Covid-19. Dari laman web yang menawarkan lawatan maya dari seluruh negara ini, ia dapat memastikan kehidupan dan penemuan dalam bidang sejarah terutamanya untuk terus berkembang maju. Pengembaraan ke muzium maya Turki telah ditubuhkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan T

Internet Dalam Turki

Image
Bila dah sampai ke sesebuah destinasi pelancongan, anda mesti memerlukan internet untuk terus berkongsi pengalaman anda di sosial media. Ini merupakan trend masa kini untuk berkongsi pengalaman, keadaan semasa bagi keselematan diri mahupun menunjuk-nunjuk! Bila sampai ke tempat yang baru, anda akan rasa terlalu gembira dengan suasana yang lain daripada yang lain dan internet adalah perkara utama diperlukan dalam melancong di negara asing.                           Terdapat beberapa syarikat talian komunikasi di Turki, Turkcell, Vodafone, Turk Telekom dan Bim cell. semuanya menawarkan pakej panggilan, internet dan mesej yang lebih kurang sama. Saya secara peribadinya menggunakan telekomunikasi Bim cell yang berharga 85 TL tidak termasuk kredit yang perlu di bayar. Terdapat beberapa pakej internet, pesanan mesej, dan panggilan tempatan. Tawaran pakej syarikat telekomunikasi Bim Cell. Sememangnya harga pakej yang dipilih akan turun lebih murah bergantung keperluan internet yang diperlukan

BAZAR Di Bandar Bursa Turki

Image
Bursa merupakan sebuah bandar yang terletak di sebelah barat Turki. Bursa juga merupakan sebuah bandar yang pernah menjadi ibu negara Turki selepas Istanbul. Mustafa Kemal Atarturk kemudian memilih Ankara sebagai sebuah bandar yang strategik kerana terletak di tengah-tengah Turki selain mengelakkan kepesatan yang berlaku di Istanbul. Apa yang menarik di bandar Bursa antaranya ialah Bazar Bursa. Bagi orang tempatan Bursa, mereka kenali nama tempat bazarnya ialah Koza Han. Di mana, jika anda berjalan dalam sekitar Koza Han ini, anda akan menemui pelbagai jenis corak tudung seperti dalam gambar yang dikongsikan di bawah.    

Selamat Ke Nak Datang Turki?

Image
Walaupun, negara Turki mempunyai pergolakan politik dalaman yang agresif, namun negara ini masih boleh dikatakan masih aman berbanding dengan negara jirannya. Turki secara umumnya adalah selamat untuk para pelancong terutama di kawasan bandar-bandar besar seperti Istanbul. Orang awam adalah sangat ramah terutama di sebelah Timur Turki. Walaubagaimanapun, jika anda mengunjungi bandar-bandar pelancongan seperti Istanbul, Ankara, Bursa dan sebagainya adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan barangan anda sentiasa di sisi anda setiap masa. Penyeluk saku atau ragut masih boleh berlaku di kawasan-kawasan bandar terutama di kawasan yang sesak. Jadi pastikan anda menyimpan barang-barang anda di tempat yang selamat. Anda juga akan mendapati negara Turki mempunyai penduduk tempatan yang sangat mesra dan selamat di sepanjang perjalanan anda. Walaupun mereka tidak boleh berbahasa asing dengan baik, namun mereka cuba untuk membantu anda sebaik mungkin.             

Adakah Turki Destinasi Bajet?

Image
Kejatuhan ekonomi yang teruk di Turki sejak tahun 2016, menjadikan ekonomi Turki berlaku inflasi. Mata wang Turki berbanding Malaysia adalah 2 kali lebih rendah.  Sekiranya anda melakukan perjalanan dengan pengangkutan awam dan makan terutamanya di restoran tempatan, perjalanan melalui Turki pastinya dapat dilakukan dengan anggaran yang kecil! Turki adalah lokasi yang penuh dengan kejutan. Di kawasan pantai, negara ini mempunyai begitu banyak keindahan yang ditawarkan, budaya yang indah, pelbagai pemandangan cantik dan makanan yang lazat! Ini tentunya bukan kali terakhir untuk kami mengunjungi Turki. Malah Turki menjadi rumah kedua bagi saya. Nilai mata wang Turki yang dibandingkan dengan mata wang Malaysia pada September, 2021. Berapakah anggaran perjalanan harian yang realistik untuk Turki? Sebagai backpacker, perjalanan ke Turki adalah realistik dengan jumlah 60 USD setiap orang setiap hari. Belanjawan harian untuk Turki ini merangkumi perjalanan dengan pengangkutan dan tempat tidur

Aşure? Apa Itu dan Macam Mana Nak Sebut ya?

Image
  Puding atau bubur Aşure atau dalam bahasa Melayu disebut Asyura adalah bubur pencuci mulut yang dibuat dengan campuran kekacang, biji-bijian, buah-buahan kering dan segar. Di Turki, puding Asyura dibuat dalam bulan Muharram dalam satu periuk besar dan diagihkan kepada kawasan kejiranan mereka. Hari ke-10 Muharram dikenali sebagai Hari Ashura. Asyura secara tradisi dibuat dan dimakan dalam musim sejuk kerana kandungannya yang mempunyai kalori dan protein yang tinggi. Resepi Bubur Asyura: 500g barli (3 cawan) 3 sudu makan beras 1 cawan kacang kuda 1 cawan kacang soya 200 g aprikot kering 200 g kismis 1 cawan kacang hazel 3 liter air 2 cawan susu 4 cawan gula pasir seperempat sudu teh garam setengah gelas air cengkih (saya merebus 1 sudu teh cengkeh dan mengambil airnya sahaja) Untuk hiasan di atas bubur: 25 g hazelnut 25 g kismis 100 g walnut 1 biji delima serbuk kayu manis

Pengalaman Naik Penerbangan Qatar Airways KUALA LUMPUR-ISTANBUL

Image
  Assalamualaikum kepada para pembaca semua, saya ingin kongsikan pengalaman menaiki penerbangan Qatar Airways. Qatar Airways diperakui sebagai Syarikat Penerbangan 5 Bintang untuk kualiti lapangan terbang dan produk serta perkhidmatan kakitangannya. Ketahui sebab mengapa anda harus memilih Qatar Airways dalam review saya di sini. Saya akan membantu anda mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat penerbangan Qatar Airways dan bagaimana ia dapat membantu perjalanan anda. Anda boleh klik link di sini untuk membuat pembelian penerbangan yang sangat murah https://nexus.syndicmarketing.com/scripts/25nzc7y?a_aid=61385b552f26e&a_bid=49d70b6e Qatar Airways menghubungkan anda ke lebih daripada 160 destinasi di seluruh dunia setiap hari. Membuat orang melakukan perjalanan lebih jauh dan lebih kerap daripada sebelumnya. Ia mempunyai konfigurasi dua hingga tiga kabin yang merangkumi Kelas Pertama, Kelas Perniagaan, dan Kelas Ekonomi. Sejak dilancarkan pada tahun 1997, Qatar Airways terus melamb

Takut ke Turki Disebabkan Siccin?

Image
Siccin merupakan salah satu filem seram Turki yang menjadi tarikan ramai kepada peminat cerita seram. Tetapi apa itu siccin? Siccin atau dibaca dalam bahasa Melayu Sijjin adalah kalimah yang diambil dalam surah Al-Mutaffifiin. Sijjin adalah kitab yang mencatatkan segala perbuatan dosa dan derhaka. Dalam surah ini juga turut menyebut Illiyin iaitu kitab yang mencatatkan perbuatan baik. Perkataan sijjin juga dikatakan mempunyai makna yang berbeza dari beberapa sarjana mengenai asal usul perkataan tersebut. Sementara itu, beberapa sarjana termasuk Abdullah Abbas telah mengatakan bahawa Sijjin adalah lapisa bumi yang paling rendah. Manakala dalam Riwayat Ibn Azib, Rasulullah SAW bersabda, "tujuh lapisan berada di lapisan paling bawah bumi". Juga dicatatkan bahawa, Sijjin merupakan tempat duduk syaitan, jin dan mereka yang mengikuti jalan mereka. Bagi perbuatan mereka yang melakukan sihir atau menggunakan jin dalam perbuatan mereka adalah satu perbuatan yang dilaknat Allah. Bagi f

Apakah perbezaan makna NAZAR di Malaysia dan Turki?

Image
Salah satu pokok yang menjadi tempat berdoa untuk memohon perlindungan atau kebaikan kepada pemiliknya dengan berniatkan pada bentuk nazar dan digantung pada pokok yang terletak di Kapadokya. Dalam masyarakat Islam di Malaysia, nazar ialah suatu janji yang diniatkan kepada Allah setelah mendapatkan atau mencapai sesuatu tujuan. Tetapi berbeza dengan masyarakat Islam di Turki, mereka mempercayai nazar ialah 'evil eyes' (mata jahat) yang boleh menyebabkan keburukan kepada orang lain. Masyarakat Turki percaya mata jahat ini boleh terjadi apabila seseorang melihat sesuatu dengan perasaan iri hati atau dengki. Tanpa mengucap kalimah Masya-Allah, mereka mempercayai keburukan boleh berlaku ke atas orang yang dilihat.  Sebagai contoh, melihat seorang bayi yang comel. Jika seseorang tidak menyebut Masya-Allah, dan sering memuji-muji kecomelan atau kebijakan bayi tersebut, maka bayi tersebut mungkin akan jatuh sakit atau mengalami keburukan lain. simbol nazar. Walaupun konsep mata jahat

Macam Mana Nak Mengatasi Rasa Bersendirian Ketika Melancong

Image
  Turki merupakan negara pertama dalam pengembaraan melancong ke luar negara. Mengembara ke luar negara merupakan salah satu cita-cita saya dalam melihat dan mengkaji perbezaan budaya, agama dan bangsa. Pengembaraan saya menjadi suatu perjalanan hidup yang bermakna dan suatu kenangan yang tidak akan dilupakan. Psikologi manusia menjadi tarikan utama saya dalam mengadaptasi budaya yang berbeza dengan budaya asal saya. Penduduk tempatan sangat mengalu-alukan kehadiran tetamu jauh dan menjamu dengan pelbagai makanan dengan seribu satu soal jawab.  Walaupun kebanyakan mereka tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik, mereka cuba untuk berkomunikasi untuk memastikan mesej dapat difahami dan disampaikan. Mengingatkan kembali situasi pertama kali saya di Turki adalah sangat menggelikan hati. Gelagatnya seperti ayam dan itik! Kadang-kadang mereka menjerit-jerit dalam walaupun dalam percakapan biasa. Masalahnya, saya bukan pekak tapi tidak faham akan kata-kata yang dimaksudkan. Jika mereka men

Makanan Tradisi Hari Raya Orang Turki

Image
  Di Malaysia, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah satu sambutan yang amat meriah bagi umat Islam, Malaysia terutamanya. 1 Syawal menjadi hari kepentingan umat Islam setelah memenuhi sebulan puasa Ramadhan. Waktu ini juga, di mana rakyat Malaysia mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga, berkumpul dan saling ziarah menziarahi. Hubungan silaturrahim ini juga terbentuk, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Islam, tetapi masyarakat Malaysia yang beragama lain juga. Namun begitu, Turki sedikit sebanyak mempunyai kelainanan pada sambutan raya mereka. Tradisi Hari Raya mereka terkenal dengan makanan yang dipanggil 'Yaprak Sarma' atau dikenali daun anggur gulung. Daun anggur yang dipilih telah direndam dengan air garam untuk suatu tempoh, kemudian digunakan untuk salah satu penyediaan makanan tradisi Hari Raya mereka. Jika Malaysia terkenal dengan ketupat, tetapi mereka terkenal dengan daun anggur gulung!  Caranya, mereka telah menggoreng beras dengan rem

APA ORANG TURKI BUAT DENGAN BULU KAMBING BIRI-BIRI

Image
Bulu kambing adalah serat semula jadi dari rambut atau bulu haiwan yang berasal dari binatang seperti kambing gurun, kambing biri-biri, unta dan binantang lain. Ia digunakan dalam pembuatan selimut dan pakaian musim sejuk kerana ia mengekalkan kehangatan lebih lama. Serat bulu diperoleh dari  kaedah yang berbeza, biasanya dengan mencukur dari haiwan hidup.  Nilai komersial bulu haiwan ini biasanya lebih tinggi daripada yang diperoleh dengan kaedah lain. Bulu haiwan juga, boleh diperoleh dengan memproses kulit binatang yang sudah disembelih. Bulu yang diperoleh dari kulit binatang yang telah mati dengan alasan apa pun disebut sebagai 'bulu sorok'.  Di Turki, negara yang mempunyai empat musim ini, juga menjadi budaya membuaat selimut, bantal dan lain-lain dengan menggunakan bulu kambing. Mereka akan membasuh bulu-bulu kambing pada suhu yang tinggi kemudian menjemur luar rumah. Setelah kering, mereka akan mengetuk bulu-bulu kambing tersebut agar lebih berselerak dan lembut supaya

Orang Turki Kuat Merokok Tetapi...

Image
Kadar penghisap rokok di Turki adalah sangat tinggi berbanding Malaysia. Budaya merokok di Turki tidak mengira lelaki dan wanita.  Malah, merokok dalam kalangan pelajar sekolah didapati agak tinggi. Kadar perokok tegar orang Turki adalah sangat tinggi tetapi, kerajaan Turki telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam suasana pandemik virus Korona ini.  Dalam mengawal penjagaan Covid-19 di Turki, negara Turki telah mengeluarkan larangan merokok di tempat awam. Pada akhir tahun 2020, kerajaan Turki telah mengisytiharkan larangan merokok di tempat awam, kedai, restoran atau mana-mana tempat bertutup seperti dewan adalah tidak dibenarkan merokok sama sekali. Masyarakat disarankan untuk berada dalam jarak 2 meter daripada perokok tegar. Ia dikatakan jarak yang selamat dari asap rokok.  Namun, jika bau masih didapati dalam jarak sekitar 2 meter, anda boleh bergerak jauh dalam jarak 4 meter.  Asap rokok dikatakan mampu menyebarkan virus ke jarak yang lebih jauh. Jika larangan ini tidak dipa